BAB 14

54 11 4
                                    

INTAN memandang raja Ahmad dengan mata yang membulat. Menjadi kekasih seorang putera mahkota? Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menjadi kekasih baginda apatah lagi menjadi seorang permaisuri.

" Mengapa patik orangnya? Mengapa bukan gadis lain? " Soal Intan ingin mencari kepastian.

Baginda lantas memberi keluhan.

" Kahwin saja lah dengan beta jika begitu. Banyak sangat soalan. "

" Apa?! " Jerit kecil gadis itu sehinggakan bahunya terhinjut sedikit. Kenapa tiba-tiba saja baginda melamar?

Melihat saja kelakuan Intan itu, baginda raja refleks tertawa kecil.

" Patik keliru, Tuanku. Jelaskan lah mengapa patik orangnya. Keluarga patik tidak lah sangat berpengaruh dalam meluaskan tanah naungan untuk kerajaan Melaka. Andai patik menjadi isteri Tuanku satu hari nanti, Bukankah Melaka tidak mendapat apa-apa kelebihan? " Tanya Intan panjang lebar.

Wajah raja Ahmad yang tadinya berkerut mula mengukir senyuman nipis.

" Keluargamu cukup berpengaruh. Keturunan keluarga kamu lah yang selama ini melindungi kerajaan Melaka. Banyak jasa mereka pada kerajaan ini, Intan. " Jawab baginda.

Kemudian, Intan segera membalasnya dengan keluhan ringan.

" Tapi, mengapa patik orangnya? "

" Tempat pertama yang beta pergi ketika beta sedih, gembira, dan teruja adalah kamu. Perkara yang beta lindungi sejak kecil lagi adalah kamu. Pelik, bukan? Kanak-kanak lain cuba menjaga dan melindungi alat permainan, makanan dan benda yang mereka suka. Namun, beta pada usia yang agak muda cuma mahu melindungi kamu. Jika ada orang ingin merampas makanan beta, silakan. Merampas mainan beta, silakan. Tetapi, jika ada orang yang hendak merampas kamu, jawapan beta, tidak akan sesekali. " Jelas baginda panjang lebar.

Intan terkaku dan tidak tahu bagaimana hendak membalasnya. Baginda sangat menghargai gadis itu, sungguh.

" Patik.. tidak tahu sama ada mahu menerima atau menolak. " Jujur Intan sambil menunduk.

" Apakah yang akan berlaku jika aku menerima baginda? Apa aku akan bahagia? Bagaimana pula dengan keluargaku? Iya, mereka akan mendapat kelebihan dan dapat tinggal dalam kediaman kerabat diraja juga.

Tetapi, jika aku menolak? Hidupku sudah cukup baik dengan keadaan sekarang. Namun, hidup dengan melihat baginda bersama orang lain, langsung aku tidak boleh terima.

Aku dalam dilema. Tolong.

Apa yang aku mahu adalah pengakhiran yang bahagia. Seperti happy ending. Happy ending untuk aku dan baginda. Disebabkan itu, aku tidak boleh salah memilih. "

Monolog Intan panjang lebar. Sungguh dia keliru.

" Perlukah patik menjawabnya sekarang? "

Raja Ahmad segera menggeleng.

" Tidak perlu. Beta akan tunggu jawapan kamu walaupun ia ambil masa yang agak lama. " Jawab baginda sambil tersenyum.

Intan segera membalas senyumannya.

" Eloklah patik berangkat sekarang juga. " Ujar gadis itu sambil berpaut pada batang pokok untuk berdiri namun pantas baginda raja membantunya. Intan kemudian membalasnya dengan tundukan kecil.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now