BAB 27

38 8 3
                                    

SELEPAS saja barang-barang peribadinya di taruh di dalam pedati, Intan segera memandang kedua ibu bapanya dengan senyuman nipis. Kini, sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan memori pahit, suka dan duka selama dia bergelar seorang bujang. Sungguh berat untuk gadis itu melepaskan diri lamanya, namun apakan daya. Aturan kehidupannya sudahpun diatur oleh yang Maha Kuasa.

" Bonda, ayahanda. " Panggil Intan sambil tersenyum, menutup kesedihannya.

" Kamu pasti dengan pilihan kamu, Intan? " Soal Melati lalu memegang kedua tangan anak tunggalnya itu dengan lembut.

" Ya, bonda. "

" Selama Intan berada di Istana, Intan akan pastikan tiada siapa yang boleh memijak dan merendahkan Intan. Bonda dan ayahanda usah khawatir. Intan akan baik-baik saja. " Pujuk gadis itu.

" Bonda hanya risau tentang kelakuan raja Ahmad kelak kamu sudah bersuamikannya nanti. Bagaimana jika kasih sayangnya terhadap kamu tidak mencukupi? "

Senyuman Intan hampir saja mati. Namun, lekas dia menutupinya dengan senyuman yang lebih lebar.

" Usah berkata sedemikian rupa, bonda. Bonda bayangkan saja betapa gembiranya anakanda bonda ini semasa berada di dalam Istana. " Balas gadis itu.

Melati segera menarik anaknya ke dalam dakapan. Diusap lembut kepala Intan sebagaimana dia sering lakukan semasa Intan masih kecil. Sungguh cepat masa berlalu.

" Intan, jangan sesekali lupa untuk tidak mencemarkan nama keluarga kita. " Nasihat Nadim pula.

" Baiklah, ayahanda. " Jawab Intan usai pelukan dileraikan.

" Jaga diri. Jangan biarkan orang memijak kamu sesuka hati. Sia-sia saja ilmu yang ayahanda berikan kepada kamu jika kamu tidak gunakan sebaik mungkin semasa berada dalam Istana. " Sambung si ayah lagi.

Intan hanya mengangguk.

" Ingat. Istana itu bagaikan neraka dunia. Jangan sesekali percaya kepada sesiapa. Walau raja Ahmad sekali pun. Jika kamu termakan umpan, maka binasalah kamu nanti. " Nasihat lelaki tua itu untuk memastikan anak tunggalnya akan hidup dengan baik dan bahagia.

" Baiklah, ayahanda. Intan akan ingat pesan ayahanda sampai ke tua. " Balas Intan dengan sebuah senyuman.

Tidak lama kemudian, ketiga-tiga anak beranak itu berpelukan. Masing-masing merasa berat untuk melepaskan antara satu sama lain. Jauh dalam sudut hati Intan, meronta-ronta untuk memaksa diri agar tidak takut dan khawatir selama dirinya berada di dalam Istana Melaka.

Tetapi, ia tidak semudah yang difikirkan.

[\]


KELIHATAN Putera Ahmad Shah menikmati pemandangan Kota Melaka dari atas beranda Istana Melaka. Kehadirannya diiringi oleh beberapa orang pengawal diraja dan sida-sida peribadinya untuk menjaga dan melindungi baginda daripada segala ancaman.

Intan yang berada tidak jauh daripada baginda raja mula menarik nafas sedalamnya lalu dihembuskan dengan lembut. Lalu, gadis itu membuka langkah menuju ke arah baginda dengan sebuah senyuman.

" Assalamualaikum, Tuanku. " Ucap Intan.

Putera Ahmad Shah refleks memusingkan badan setelah mendengar suara manis milik gadis yang dicintainya itu. Baginda segera menghadiahkan sebuah senyuman lebar.

" Waalaikumussalam, Intan. " Balas baginda.

" Pakaian rasmi diraja ini tampak sesuai dipakaimu.. " Pujinya.

" Menjunjung kasih, Tuanku. " Senyum Intan. Dilihatnya juga sekilas pakaian diraja yang dipakai oleh bakal suaminya itu. Sedondon. Segak. Sejuk mata memandang.

" Lihatlah pemandangan kota Melaka ini, Intan. Pemandangan yang sama dengan apa kamu lihat di bukit yang selalu kita berdua jejaki itu. " Kata baginda raja tatkala memandang semula ke arah hadapan. Tindakannya itu kemudian diikuti oleh Intan.

" Beta mengajakmu kesini adalah untuk meminta maaf. Maafkan beta kerana telah mengheretmu ke dalam Istana Melaka ini, Intan. Jika Melaka berada dalam ancaman, dirimu juga akan berada dalam ancaman. Jika berlaku pergolakan kuasa, dirimu juga akan berada dalam bahaya. Istana ini... bukan seperti anggapan rakyat jelata, Intan. " Jelas Putera Ahmad Shah. Matanya kembali redup semasa memandang anak mata Intan.

Gadis itu membalasnya dengan gelengan.

" Usah persalahkan diri Tuanku. Semua ini adalah ketentuan Ilahi. Dan.. patik percaya yang Tuanku akan melindungi dan mempercayai patik semasa berada di dalam Istana ini. Jika kita saling mempercayai antara satu sama lain, nescaya benda buruk tidak akan berlaku terhadap kita berdua. "

Baginda raja lantas mengukir senyuman. Pandangannya beralih lagi ke hadapan.

" Alangkah baiknya jika kita masih bebas melangkah kemana sahaja. Seperti dahulu. " Katanya.

Seraya baginda bersuara, Intan mula mengalihkan pandangannya ke arah wajah baginda raja. Ditatapnya buat sementara waktu sambil mengukir senyuman kecil.

" Apa yang kamu pandang? Ada kotoran? Dimana? " Soal baginda bertubi-tubi sambil menyentuh wajahnya.

Intan pantas tergelak kecil.

" Patik cuma tertanya-tanya.. "

" Apa yang membuatmu tertanya-tanya sehinggakan wajah beta kamu renungkan? " Soal baginda lagi. Terbit senyuman kecil dibibirnya.

" Apakah wajah ini yang patik akan selalu lihat nanti? " Balas Intan.

" Jika tidak.. Apakah kamu akan bersedih nanti? "

Intan menggeleng perlahan.

" Kesedihan patik bukanlah bergantung pada layanan Tuanku terhadap patik. Tetapi, bergantung kepada nyawa Tuanku. " Jawabnya.

" Patik juga tidak tahu apa akan jadi dengan patik jika benda buruk berlaku pada diri Tuanku. "

" Intan, fikir tentang dirimu dahulu. Usah khawatir pada diri beta. Walau kita sudahpun berada di ambang kebinasaan, ingat lah bahawa beta diciptakan untuk menjadi pelindung buatmu. " Pujuk baginda raja.

Intan segera mengukir senyuman kecil dalam keadaan mata yang masih berair.

" Ingat lah bahawa beta mencintaimu bukan lah atas dasar politik, tetapi kerana Allah SWT memberi tugasan kepada beta untuk menjaga dan memimpinmu ke pintu syurga. "

Tatkala ujaran ikhlas itu keluar daripada mulut baginda raja, air mata Intan mula jatuh.

Bersambung.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now