BAB 31

36 6 7
                                    

BEBERAPA bulan kemudian, Lanang Arjuna memutuskan untuk menjalankan kehidupannya seperti biasa. Dia telah mengambil beberapa bulan sebagai hari kelepasan dengan alasan supaya dapat membantu ayahandanya berdagang di Sumatera. Akhirnya dia kembali ke tanah Melaka setelah dua bulan menghabiskan waktu di Sumatera. Ketika jejaka itu menjejakkan kaki di daratan, matanya tertancap pada sejambak bunga yang digenggam oleh seseorang.

" Entah mengapa aku masih boleh teringatkan engkau padahal sudahku cuba sedaya upaya untuk melupakan. " Bisik Arjuna.

" Arjuna sayang! "

Membulat mata jejaka itu tatkala kedengaran jeritan seorang jantan dengan panggilan manja yang berada tidak jauh darinya. Arjuna segera memusingkan badan cuba mencari si pemilik suara tersebut.

" Sayang! " Sergah Angkasa dengan senyuman nakal.

" Berita angin tentang aku menyukai lelaki masih belum berhenti lagi gila! "

" Usah risau. Aku sudah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita, bukannya dengan lelaki. Nah, lihat. " Bangga Angkasa sambil menunjukkan jarinya yang disarung dengan cincin perak.

" Tahniah, sahabat. Siapa- "

" Jika ada masa, aku akan kenalkan kelak secara bersemuka. Bukan mudah untuk dapatkannya, tahu? "

" Bukan juga mudah untuk dapatkan si dia. Apatah lagi untuk melupakannya. " monolog Arjuna sendirian. Keluhan kecil dilepaskan tatkala kepala menunduk memandang tanah.

" Mari aku bantu engkau angkat barangan ini. " Pelawa Angkasa sambil merampas beg bimbit yang digenggam oleh sahabatnya itu.

" Balasannya harus berbentuk santapan ya! " Sambungnya sambil tersenyum kecil.

Belum sempat Arjuna menghalangnya, terlebih dahulu dia berjalan menuju keluar daripada kawasan pelabuhan. Arjuna hanya mampu tersenyum sambil mengejarnya dari belakang.

[/]

INTAN memandang langit tatkala mendengar bunyi tembakan yang berada tidak jauh daripadanya. Refleks gadis itu tersenyum kecil, kakinya juga mengorak langkah dengan lebih laju ke arah kediaman Putera Mahkota. Para pengikutnya juga terpaksa membuka langkah dengan lebih besar berbanding tadi.

Entah apa yang difikirkan. Yang penting dapat berjumpa dengan kekandanya pagi ini.

" Arjuna sudah kembali ke Melaka. Aku perlu beritahu baginda tentang kepulangannya. " Bisik Intan teruja. Dia berharap agar raja Ahmad dapat membawanya keluar dari istana untuk ke bukit dan membenarkannya untuk berlatih menggunakan senapang lagi. Sudah lama gadis itu tidak menyentuh senjata, terasa seperti bukan diri sendiri saja semenjak menetap dalam Istana Melaka.

Baru saja Intan ingin menolak pintu gerbang kayu yang berukuran kecil itu, pintu tersebut dibuka oleh Seroja atau lebih tepat Cik Muda Seroja Al-Qamar. Seorang gadis bangsawan yang jauh lebih muda daripada Intan dan sangat jelita. Orangnya beretika, sungguh ayu dan apa saja yang dipakai tampak lawa dan sempurna.

Wajah Intan yang tadi tersenyum mulai layu. Kakinya refleks melangkah kebelakang.

Apa gadis ini lakukan di kediaman Putera Mahkota? Apa yang dia cuba sampaikan? Cuba memikat.. baginda yang sudah berkahwin? Ah sudah. Pemikiran Intan mula menjadi tidak keruan.

Seroja lantas menundukkan sedikit badan ke arah Puteri Mahkota iaitu Intan sendiri. Gadis itu mengukir senyuman, bibirnya yang merah dan matanya yang menawan itu mula menghakimi Intan dari bawah hinggalah ke atas.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now