BAB 42

44 3 2
                                    

Kerusi kayu ditarik lalu raja Ahmad melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut. Arjuna kemudiannya berbuat benda yang sama, dia duduk berhadapan dengan baginda raja.

Sebatang lilin yang berada ditengah meja dinyalakan oleh Arjuna bagi menerangkan lagi kamar tersebut.

"Peringgi semakin meliar. Habis gerai penduduk kampung dibakar dan dirobohkan. Kampung Bayu sudah ditawan habis oleh Peringgi. Penghulu kampung mereka sudah hilang entah ke mana", jelas Arjuna memecah keheningan.

Raja Ahmad hanya mampu mengeluh ringan. Sebatang pen kaligrafi diambil lalu baginda mencatat setiap bait kata yang keluar dari mulut Arjuna.

"Ada lagi?"

"Bukan setakat peringgi saja Tuanku. Orang besar-besar juga terlibat dalam kegiatan haram. Sehinggakan mereka mengabaikan tugas mereka untuk melindungi Melaka. Kegiatan rasuah semakin menjadi-jadi. Apatah lagi kegiatan pelacuran hamba. Semakin ramai anak muda yang kita boleh harapkan untuk melindungi Melaka melakukan kegiatan haram seperti itu."

Arjuna melepaskan segala yang tersurat dari lubuk hatinya. Semua ini adalah hasil daripada pemerhatiannya selama raja Ahmad berada di China.

"Bagaimana pula dengan baginda sultan? Nenda dan gundik beta?" tanya baginda raja dengan suara yang mendatar.

Kali ini, Arjuna terdiam. Dia tidak patut memberitahu baginda raja tentang hukuman mati yang diterima oleh Cempaka dan Anggun. Dia tidak patut memberitahu segala perbuatan mereka selama ketiadaan raja Ahmad di Melaka, kelak nanti segala rahsia Intan terbongkar begitu saja.

Ya, dia tahu yang baginda berhak mengetahui keadaan Intan. Namun, ia akan menambahkan kerisauan baginda raja. Lagi pula, Intan menyuruh dia untuk menutup mulut. Biar dia saja yang beritahu nanti.

"Mengapa kamu diam saja? Apakah ada sesuatu yang berlaku semasa beta tiada?"

Arjuna pantas menggeleng.

"Tiada apa, Tuanku. Patik tidak begitu pasti apa yang dilakukan oleh baginda sultan, permaisuri balu dan Tun Seroja. Patik terlalu sibuk memikirkan hal lain," tipu jejaka itu.

"Engkau berbohong, Arjuna," pantas saja raja Ahmad membalas. Baginda dapat menangkap reaksi Arjuna kali ini.

"Tapi tidak mengapa. Biar beta saja yang mendengarnya dari mulut isteri beta. Pasti ada sebab mengapa Intan menyuruhmu untuk tidak berbicara tentang hal ini."

Arjuna menunduk memandang meja kayu. Raja Ahmad pula menaruh semula pen kaligrafinya kemudian menyapu wajahnya.

"Kita sekarang perlu fikir untuk mengembalikan ketenteraman Melaka," sambungnya. Arjuna kembali memandang baginda raja dengan penuh harapan.

"Kita harus tawan kembali kampung yang dirampas oleh Peringgi. Bebaskan tawanan Melaka dari mereka."

"Tuanku yakin? Memang benar jika dibandingkan dengan Melaka, Melaka lebih kuat. Namun, mereka lebih handal dalam permainan kotor. Entah-entah mereka akan merasuah orang dalaman," bantah Arjuna penuh kerisauan.

"Orang Melayu tidak bodoh, Arjuna. Beta tidak akan berburuk sangka terhadap orang kita. Masih ramai diluar sana yang masih berharap agar Melaka kekal aman dari berbagai ancaman."

Arjuna akur. Memang tidak patut dia menunding jari ke arah bangsanya sendiri tanpa usul periksa.

"Kita tidak boleh menyerang Peringgi sekarang. Melaka kekurangan senjata, habis digunakan untuk menawan kembali Pura dari Siam. Angkasa bilang senjata baru akan tiba dalam masa seminggu saja lagi," jelas jejaka itu. Raja Ahmad mengangguk faham.

"Yang penting kita tidak boleh bertindak melulu saja. Kita harus tunggu masa yang sesuai. Kita tunggu Afonso, ketua mereka tiba di Melaka. Mereka akan mati akal jika ketua mereka mati, bukan?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now