BAB 1

419 49 14
                                    

1488 Masihi.

Setelah kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Syah, pentadbiran Melaka diteruskan oleh Sultan Mahmud Shah.

Bismillahirrahmanirrahim.

AHMAD Shah, nama yang dikurniakan oleh ayahandanya iaitu Sultan Mahmud Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah bersama dengan isteri baginda sultan. Pada usia yang amat muda, baginda raja hanya tinggal bersama ayahandanya sahaja tanpa sosok seorang ibu di sisi.

Oleh itu, baginda raja kekurangan kasih sayang. Ditambah lagi dengan kesibukan Sultan Mahmud Shah dalam mengurus hal ehwal pentadbiran Melaka, semakin baginda berasa sendirian.

Ketika itu, kedengaran suara riang gembira datangnya daripada suara seorang putera kecil, raja Ahmad Shah yang belari melintasi Paduka Raja Tun Perak, Bendahara Kerajaan Melaka. Tangannya rapi memegang kayu yang berbentuk sebilah keris.

Gelak tawanya bergema di sepanjang koridor Istana Melaka.

"Ayuh, Memanda! Teman beta bermain keris pada petang ini!", ajak putera muda itu. Ditarik-tariknya baju layang milik Tun Perak beberapa kali.

Beliau lantas tersenyum kecil lalu melutut di hadapan putera tersebut. Tangannya yang sudah berkedut itu mula menyentuh ubun-ubun rambut milik baginda raja.

"Maafkan patik. Sebentar lagi keluarga laksamana dari Johor-riau akan menghadap kerabat diraja. Patik tidak dapat bermain dengan Tuanku petang ini. Tuanku terpaksa menangguhkan permainan kita ke hari esok atau lusa. Boleh kan?", jelas Tun Perak kemudian beliau berdiri semula.

Raja Ahmad Shah segera memandang Paduka Raja Tun Perak dengan wajah yang cemberut. Lalu, baginda raja pantas duduk bersila di atas lantai kayu Istana Melaka yang jelas menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap beliau.

"Tuanku..."

"Tinggalkan beta. Beta tidak akan menghadap keluarga yang kejam itu!", kecamnya. Masih merajuk.

"Patik berjanji yang patik akan bermain dengan Tuanku selepas perjumpaan itu selesai. Tuanku mahu menjadi Sultan, bukan? Tuanku tidak boleh mengalah dengan isu kecil sebegini", pujuk Tun Perak sambil tersenyum kecil.

Pujukan itu sedikit sebanyak berjaya membuatkan raja Ahmad Shah kembali berdiri.

"Siapa yang berani berkata sedemikian? Beta tidak akan mudah mengalah. Sudah! Mari kita berangkat ke tempat ayahanda berada. Beta akan menjadi pewaris Sultan yang mahsyur dan gagah perkasa. Nantikan saja", katanya penuh semangat lalu berjalan menuju kearah Sultan Mahmud.

Tun Perak dan beberapa pengiring raja mula mengikuti langkah raja muda itu.

___

SUASANA dihadapan Istana bertukar mesra tatkala kedatangan keluarga daripada keturunan Hang Jebat iaitu anaknya, Nadim datang menghadap keluarga diraja tersebut. Kedatangan mereka disambut oleh orang sekeliling kecuali Putera Ahmad Shah. Ya, baginda masih tidak berpuas hati.

Manakan tidak, waktunya bersama Tun Perak dicuri! Siapa saja yang tidak berang?

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Tuanku Sultan. Ampun beribu-ribu ampun. Patik berbesar hati mengunjungi istana Melaka yang cukup indah ini" Nadim menyembah dan menunduk hormat bersama Isteri dan seorang anak perempuannya.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now