BAB 34

46 6 0
                                    

INTAN memandang wajah raja Ahmad dengan pandangan yang redup seolah tidak mengizinkan baginda berangkat ke China. Tangan baginda kemudian digenggamnya dengan lebih erat.

" Sebulan itu lama, Tuanku. " Katanya lalu menunduk.

" Masa pantas berlalu, dinda. Beta pasti yang sebulan itu seakan sehari saja. Usah khawatir atas keadaan beta, fikir dahulu dirimu ya? " Soal baginda sambil mengangkat keningnya. Kemudian, baginda mengelus lembut rambut Intan.

" Namun, ia seakan bertahun-tahun bagi patik. "

" Apakah itu bererti yang kamu tidak sanggup menunggu beta walau ia mengambil masa bertahun-tahun sekali pun? Ah, beta kecewa. " Luah raja Ahmad sengaja ingin mengusik Intan.

" Bukan itu maksud patik. Patik cuma risaukan akan keadaan- "

" Risau, risau, risau. Beta juga risau akan keadaan kamu, Intan. Dengar beta. Kita tidak boleh selamanya bersama, ajar dirimu untuk berfikir yang baik-baik saja ya? " Potong baginda raja. Intan lantas menghela nafas berat seolah masih tidak boleh menerima kenyataan.

" Beta akan mengirim surat bila beta sudah tiba di sana. Usah khawatir lagi. Selepas saja tugas beta selesai, beta akan bersamamu lagi. Oleh itu, bertahan. Beberapa tabib juga beta sudah upah untuk menjaga kamu, dan seorang pengawal. " Sambungnya lagi.

Raja Ahmad memandang Intan yang sedang menunduk. Kemudian, baginda sedikit terkejut apabila gadis itu mula menariknya ke dalam dakapan.

" Semoga Allah lindungi Tuanku sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari China. " Harap Intan sambil tersenyum nipis lalu menyandarkan kepalanya di dada baginda.

" Terima kasih atas doanya, dinda. " Balas raja Ahmad lalu membalas pelukan si isteri. Kemudian dihadiahkannya sebuah kucupan di dahi.

Sedikit demi sedikit kegelisahan Intan mulai reda. Ya, dia perlu percaya pada raja Ahmad. Baginda raja merupakan satu-satunya yang boleh dipercayai jika gadis itu masih berpijak di neraka dunia ini.

Apa pun yang berlaku, Intan mesti bertahan di Istana Melaka. Dia perlu sembuh dan kembali menjadi dirinya seperti dahulu.

[\]

INTAN melepaskan pegangannya pada raja Ahmad di hadapan gerbang Istana Melaka. Mata mereka berdua kembali bertembung dan kali ini wajah dihiasi dengan senyuman manis.

" Selamat tinggal, Tuanku. Tolong pulang dengan selamat. " Ucap Intan.

" Menurut perintah, Cik muda. " Balas baginda kemudian berangkat pergi dengan menaiki seekor kuda. Baginda sudah semestinya diikuti oleh berpuluhan dayang istana dan pengawal diraja. Keselamatan baginda memang dikawal dengan rapi.

Tatkala kelibat raja Ahmad sudah tidak kelihatan, Intan yang ditemani oleh Suri dan Arjuna mula membuka langkah.

" Sebentar, Tuanku. " Kata Arjuna penyebab langkah Intan terhenti. Gadis itu memandangnya hairan.

" Ya, Arjuna? "

" Patik ingi- "

" Oh ya. Mengapa engkau tidak berangkat bersama baginda tadi? Bukankah engkau adalah pengawal peribadi baginda raja? " Potong Intan. Dia ingin mendapat kepastian.

" Ya, memang patik adalah pengawal peribadi baginda. "

" Habis itu, mengapa kamu ada disini? "

" Patik diberi tugasan untuk menjaga dan melindungi Tuanku sepanjang bulan ini. Baginda raja yang arahkan patik berbuat sedemikian. " Balas Arjuna serius, tidak terukir senyuman di wajahnya sepertimana yang selalu dilakukan olehnya ketika bertemu dengan Intan.

Puas Ku Merayu [H]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon