BAB 29

80 10 5
                                    

ARJUNA menunduk cuba menenangkan diri setelah melihat gadis yang amat disayanginya itu kini sudah dimiliki lelaki lain. Benarlah apa yang dibilang oleh orang, mencintai bukan bermaksud memiliki. Kini, mata dan hati masih tidak bersedia untuk menerima kenyataan.

" Aku hendak mengambil angin buat sementara waktu. Engkau tunggu lah disini sehingga majlis tamat. " Kata Arjuna kemudian berlalu pergi tanpa menunggu balasan daripada rakan karibnya itu.

Beberapa minit kemudian, jejaka tampan itu akhirnya tiba di sebuah balkoni Istana Melaka yang luas dan berukuran agak panjang. Pemandangan kota Melaka boleh dilihat dengan jelas dari tempat dia sedang berdiri. Satu keluhan berat mula dilepaskan kemudian kedua tangannya disatukan lalu menyentuh wajahnya. Mata ditutup.

" Aku tidak menyangka hubungan pertunangan kita putus dengan cara sebegini. Tidakkah engkau terlalu jahat, Intan? " Ujarnya diakhiri dengan keluhan.

Apakah perasaannya yang bertahun-tahun dipendamnya itu hanya sia-sia saja?

" Apakah aku seorang saja yang beria dengan perasaan ini? Aku juga mahukan balasan darimu, pandangan darimu, bahkan segala-galanya aku mahukan darimu. Namun, semuanya hanya khalayanku. Aku berharap yang aku masih punya peluang... untuk menjadi milikmu, Intan. "

Tanpa disedari, air matanya jatuh mengalir ke pipi.

[\]

" Dimanakah pengawal peribadi raja Ahmad? Bukankah tadi dia berada disebelah kamu? " Soal salah seorang menteri yang duduk tidak jauh dari Angkasa.

" Jika dia cuba menghilangkan diri semasa majlis besar sebegini berlangsung, maka dia sudah tidak menghormati sultan. " Sambung menteri itu lagi yang mana telah membuatkan Angkasa sedikit khawatir dengan keadaan Arjuna. Sudah sejam dia berlalu pergi, kehadirannya masih belum kelihatan.

" Cari dan panggil dia dengan kadar yang segera. " Arah beliau.

" Baiklah. " Angkasa menurut perintah. Selang beberapa saat kemudian, dia pun melangkah keluar daripada majlis itu untuk mencari Arjuna.

Setiap polosok Istana Melaka dicarinya, namun batang hidung jejaka itu pun tidak dapat dilihatnya.

Sebaik sahaja dia tiba di suatu tanah lapang yang menjadi sempadan antara dapur diraja dan kediaman putera mahkota, tanpa sengaja dia telah terlanggar bahu seorang dayang sehinggakan cawan-cawan yang dibawanya pecah mencium tanah.

Angkasa pantas menoleh ke arah gadis itu.

" Bunga. Maafkan aku. " Ucapnya serta merta lalu segera membantu Anggun memungut sisa gelas yang berteraburan.

" Tidak mengapa. Hamba boleh uruskannya dengan sendiri. "

" Jangan. Biar saja aku yang bersihkan. " Angkasa dengan lembutnya menepis tangan Anggun. Kemudian, kedua lengan baju ditarik sehingga ke bahagian siku dan segera dia membersihkan serpihan yang tajam tersebut.

Kelakuan ini sedikit sebanyak telah membuatkan Anggun sedikit terkaku.

Prihatin. Bertanggungjawab.

Sisi wajah jejaka itu ditenungnya. Patut ramai yang ingin merebuti hati Angkasa, kalian pandanglah sendiri wajah tampannya itu.

" Jejaka yang seperti malaikat ini hadir dalam hidupku.. Dalam pada waktu yang salah. Mengapa perlu sekarang? Dan kenapa bukannya bertahun-tahun yang lalu? "

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now