BAB 23

52 8 2
                                    

SEMINGGU berlalu, sakit raja Ahmad belum sembuh lagi. Sedikit pun belum kebah, tiap malam asyik tidak dapat beradu. Ubat-ubatan juga telah diambil tetapi hasil masih tetap sama. Malah, tabib juga sudah lakukan bermacam-macam cara untuk sembuhkan penyakit putera muda tersebut. Namun, gagal.

" Kalian semua sudah berada disini sejak seminggu lalu. Tiada kah kerja lain yang perlu kalian laksanakan? " Soal baginda sedikit lemah.

" Tugas kami adalah hanya untuk menyembuhkan penyakit Tuanku saja. " Jawab salah seorang tabib serta merta.

" Penyakit ini tidak teruk sangat. Lama kelamaan, ia akan sembuh atas izin Allah. Jadi, kalian semua keluarlah. Beta mahu bersendirian. " Titah baginda.

Usai itu, ketua tabib lantas mendongakkan kepalanya memandang baginda.

" Tapi, Tuanku belum sembuh lagi. Jika baginda sultan tahu- "

" Apa yang akan diperkatakan oleh rakyat nanti bila dapat tahu khabar angin tentang penyakit beta? Mereka akan khawatir. Takut beta yang lemah ini menjadi penyandang takhta sultan di Melaka. " Jelas raja Ahmad lembut.

Ketua tabib tersebut terdiam dan mula menundukkan pandangan semula, memandang lantai seperti mana tabib-tabib yang lain lakukan sejak tadi lagi.

" Usah khawatir. Beta akan meminum minuman herba dan ubat-ubatan yang kalian sediakan. Beta tidak akan sesekali lupa untuk mengambilnya. " Ujar baginda sambil tersenyum kecil, bertujuan untuk mengurangkan kerisauan para tabib yang telah merawatnya.

" Semoga lekas sembuh, Tuanku. " Ucap ketua tabib sambil menundukkan lagi badan. Gerakannya itu kemudian diikuti oleh tabib yang lain.

Raja Ahmad membalasnya dengan sebuah senyuman nipis.

[\]

SRIKANDI Cik Muda Intan mengaut beberapa bunga melati yang kering itu menggunakan tangan, kemudian dihidunya. Lalu, diletakkan semula dalam kotak kayu dihadapannya.

" Hamba mahu bunga melati, cengkih dan kayu manis ini secupak setiap satu. " Pinta Intan pada seorang peniaga wanita melayu tersebut.

Wanita itu segera menyediakan pesanan Intan kemudian diberikannya pada gadis tersebut seusai saja dia selesai membungkus kesemua herba yang dimahukannya.

" Terima kasih. " Ucap Intan sambil tersenyum.

Lanang Arjuna yang menemaninya lagi sejak tadi mula mengambil bakul beriisi herba-herba tersebut daripada pegangan Intan.

" Apakah engkau masih berjaga pada malam hari? " Soal jejaka itu kehairanan pabila melihat gadis yang dicintainya itu membeli secupak bunga melati kering yang memang dikhaskan untuk merawat masalah tidur.

Intan hanya mendiamkan diri.

" Jika tidak. Herba-herba ini adalah untuk apa? " Soal jejaka itu lagi.

Intan masih mendiamkan diri. Menolak untuk menjawab persoalan yang diajukan olehnya. Arjuna juga kembali mendiamkan diri, hanya kaki yang setia mengorak langkah keluar dari pasar bersama Intan disebelah.

" Aku dengar yang raja Ahmad sakit. Berjalan pun baginda tidak mampu! " Kedengaran suara lelaki-lelaki melayu dari sebuah gerai makan tempat Intan dan Arjuna sedang lalui.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now