BAB 2

195 30 6
                                    

SRIKANDI Cik Muda Intan berjalan masuk ke dalam rumah keluarganya yang cukup selesa untuk bersemayam buat sementara waktu ini. Tidak lama lagi, mereka akan berpindah ke Johor-riau semula. Tetapi belum tentu bila masanya mereka akan berangkat.

"Ke mana perginya kamu? Sudah senja, Intan", soal Melati bonda kepada Intan. Sesambil itu dia mengadun tepung untuk dijadikan santapan esok pagi.

"Intan ke istana sebentar tadi. Baginda raja berkenan hendak belajar asas mempertahankan diri dari Intan. Mengapa bonda bertanya?"

"Bonda dengar yang malam ini ada pesta gerhana bulan. Kamu berangkat dengan Anggun, ya?"

Intan yang ketika itu hendak membalasnya dengan sebuah anggukan, mula terkaku. Dia segera memandang ibunya dengan wajah yang agak terkejut.

"Apa maksud bonda yang Anggun kini berada di Melaka? Bonda! Mengapa bonda tidak menyampaikan berita ini kepada Intan? Sudah lama kami berdua terpisah. Akhirnya setelah lima tahun, dia kembali. Bonda, mengapa dia pulang semula ke sini? Apakah hajatnya?", Intan bertanya dengan penuh teruja.

Gadis itu pantas duduk bersila dihadapan Melati. Gembira apabila mengetahui kepulangan rakan karibnya itu.

"Keluarganya ada hal mustahak dengan baginda sultan. Dalam beberapa bulan, mereka sekeluarga akan bersemayam di Melaka. Bermainlah bersama dia puas-puas", usik Melati.

"Bonda, Intan dan Anggun sudah pun dewasa. Tiada masa untuk bermain."

"Jikalau sudah tahu usia meningkat, Mengapa tidak mencari pasangan hidup saja?"

"Bonda, Intan masih muda lagi", pantas saja Intan menjawab. Aik. Baru saja tadi bilang yang dia sudah pun dewasa.

"Habis yang kamu cakap tadi-"

"Intan tadi bergurau saja. Bonda, Intan masuk dulu mahu bersiap. Jika Intan lama-lama dekat sini, kemungkinan Intan perlu menadah telinga", jujur gadis itu. Pantas dia mengangkat kaki ke arah kamar tidurnya.

"Sebentar, Intan"

Intan segera memusingkan badannya ke arah Melati. Kening di angkat.

"Ya, Bonda?", senyum Intan.

"Bonda mahu kamu pakai kain songket berwarna perang, kain itu kepunyaan bonda tapi sudah ketat dengan bonda. Kain itu bonda taruh di atas almari kamu. Pakai jangan tidak pakai"

"Intan boleh saja pakai kain biasa", tolak Intan serta merta.

"Kain biasa? Sepatutnya bonda suruh Mak Ida buang semua baju lusuh kamu tu sejak dulu lagi"

Mata Intan membulat. Belum sempat dia membalas, Melati terlebih dahulu membuka mulut.

"Intan, kamu adalah anak bangsawan. Berasal daripada keluarga bangsawan. Mula hari ini, bonda mahu kamu pakai pakaian yang ibu sediakan. Faham?"

Intan mendiamkan diri.

"Kalau tidak, bonda tidak akan sesekali benarkan kamu berlatih silat dan menghunus keris tiap malam"

"Baiklah, bonda. Intan akur"

Melati tersenyum puas.

"Intan masuk dulu, mahu salin baju. Selepas itu, Intan bantu bonda ya", jelas gadis itu kemudian berlalu pergi setelah menerima anggukan daripada sang ibu.

___

Istana Melaka, 8:30 pm.

"Assalamualaikum Warahmatullah. Assalamualaikum Warahmatullah", raja Ahmad segera menyapu muka setelah selesai melaksanakan amanahnya sebagai seorang muslim pada hari ini.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now