BAB 21

60 11 1
                                    

TUAN Muda Lanang Arjuna lantas menghentikan langkah setelah menyedari kehadiran Intan yang berada dalam pedati yang dibawa dan dikawal ketat oleh beberapa orang bawahan keluarga laksamana itu. Dengan sikap berani yang dimiliki, Arjuna segera memberi salam sambil tersenyum manis.

" Assalamualaikum. " Ucapnya. Lalu, berhentilah kuda yang membawa Intan itu di pertengahan jalan.

" Waalaikumussalam, Tuan muda. " Balas Mak Ida. Intan yang berasa hairan mula menjenguk keluar melalui tingkap kecil yang ada pada pedati tersebut.

" Ada apa urusanmu ke mari? " Soalnya serta merta.

" Hamba telah menerima sepucuk surat dari Pura kemarin. Sepertinya Tuan hamba yang perlu membacanya, bukan hamba. " Bisik Arjuna sambil mengeluarkan sepucuk surat dari dalam baju layang miliknya.

Mata Intan kian membulat. Gadis itu lantas melangkah keluar dari pedati dengan tergesa-gesa. Hampir saja dia jatuh, namun sempat dia mengawal tubuhnya.

" Cik muda, awasi adabmu. " Tegas Mak Ida.

Intan membalasnya dengan tundukan dan senyuman kecil.

" Sudah tentu, Mak Ida. " Jawab Intan ringkas.

" Cik muda hendak ke mana? Bukankah Cik muda perlu keluar untuk menghadiri kelas puisi dan sajak? " Tanya Mak Ida mencari kepastian.

Intan terdiam. Matanya mula bertembung dengan mata Arjuna, memberi isyarat agar dia lah yang menjawab bagi menggantikan tempatnya.

" Maaf jika menganggu masa Tuan hamba. Namun, hal ini tidak dapat dielakkan. Bukan saja pakaian hamba bahkan wang saku hamba juga telah diambil olehnya. Jadi, dengan masa yang ada ini.. hamba mahu Cik muda ini melangsaikan hutang-hutangnya. Kerana esok hari, hamba sudah tidak ada di Melaka. " Bohong Arjuna.

Intan yang berada disebelah berasa sedikit terkejut pabila namanya yang suci itu dipetik.

" Ya Allah. Cik muda. Apa benar Cik muda bersikap sedemikian? " Soal Mak Ida, sudah tentu terkejut.

" Disebabkan diri Tuan muda itu yang lemah, tidak handal dalam pertarungan keris yang berlangsung seminggu lalu.. Intan dengan tidak sengaja menikam perutnya semasa bertarung bersama. Luka Tuan muda pada masa itu sangat dalam, dan Intan juga tidak membawa wang saku. Oleh itu, Intan ambil wang saku Tuan muda itu dan segera membeli herba untuk merawat lukanya. " Tambah Intan.

" Hamba tidak selemah itu. " Balas Arjuna.

Dua insan itu mula berpandangan antara satu sama lain. Tidak berpuas hati dengan justifikasi yang telah diberikan sebentar tadi.

" Tuan muda tolong jangan cederakan Cik muda. Cuma keluarga saja yang berhak untuk memberikan denda-denda berat kepadanya. Jika Tuan muda perlukan tabib atau wang, datanglah kepada hamba. Akan hamba bawakan dan beri kepada Tuan hamba dengan kadar yang segera. Hamba meminta maaf atas kesilapan Cik muda. Tolong maafkannya, Tuan muda. "

Intan mula tidak berasa senang hati apabila melihat Mak Ida menunduk untuk memohon maaf. Pantas saja gadis itu memegang kedua bahu dan menariknya lembut agar wanita itu dapat berdiri tegak semula.

" Tuan hamba tidak perlu khawatir. Hamba cuma mahu Cik muda ini untuk belanja hamba sedikit halwa. Lagi pula, hamba tidak berani untuk menyentuhnya apatah lagi untuk menyakitinya. " Jujur Arjuna.

" Terima kasih, Tuan muda. " Ucap Mak Ida.

[\]

" Mak Ida dan para hamba yang lain sudah jauh dan mereka pasti tidak akan mendengar perbualan kita. Bawa ke mari surat itu, Arjuna. " Pinta Intan.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now