BAB 26

60 9 4
                                    

SRIKANDI Cik Muda Intan mula menjejakkan kaki di atas tanah perkarangan Istana Melaka. Matanya melilau cuba mencari kelibat raja Ahmad namun batang hidung baginda raja pun dia tidak lihat sejak tadi lagi. Kegagalan itu telah membuatkannya menghembus keluhan ringan.

Pada masa yang sama, tiba beberapa dayang Istana yang diketuai oleh ketua dayang Istana bernama Suri datang berhadapan dengan Intan. Wajah wanita itu tampak tenang dengan senyuman kecil melingkari bibirnya yang manis itu. Tampak berusia tetapi kelihatan awet muda.

" Assalamualaikum, Cik muda. Selamat datang ke Istana Melaka. Nama hamba adalah Suri, ketua dayang Istana yang dititahkan untuk mengawasi dan menjaga Cik muda semasa berada di dalam dan sekitar kawasan Istana. Salam perkenalan. " Ucap wanita itu lalu menunduk hormat diikuti dengan dayang-dayang Istana yang membentuk dua buah barisan dibelakang Suri.

" Hamba berbesar hati mengenali kamu, Suri. " Balas Intan dengan senyuman manis.

" Hamba juga. " Jawab wanita itu serta merta.

" Seperti yang telah dimaklumkan, Cik muda pada hari ini akan mengadap keluarga diraja. Terdahulu Cik muda perlu membersihkan diri dan berpakaian mengikut etika yang telah ditetapkan oleh Istana. Ayuh, kita berangkat sekarang juga. " Terangnya lalu memberi laluan untuk Intan melangkah pergi terlebih dahulu.

Dengan keberanian yang ada dan persoalan yang timbul dihati, Intan mula berganjak lalu diikuti dengan Suri dan barisan dayang Istana Melaka.

Keinginannya untuk bertanya pada raja Ahmad apa yang sedang terjadi, mengapa baginda sultan boleh menerimanya dengan mudah, apakah yang akan berlaku sekiranya dia menolak? Banyak soalan yang mula bermain difikirannya. Bahkan ia bermula sejak semalam, hatinya bagai tidak tenang.

Krek...

" Silakan masuk, Cik muda. " Pelawa Suri.

Intan yang berdiri dihadapan sebuah kamar yang agak luas dan terhias cantik itu mula terkedu. Kelihatan sepasang kain dan skirt yang diperbuat dengan kain sutera tampak elok tergantung di tengah-tengah kamar tersebut. Tanpa gadis itu sedari, senyuman mula melingkari bibir manisnya.

" Kain ini adalah hadiah daripada Permaisuri Balu Agung, Tun Senaja. Dikatakan juga yang kain ini adalah hadiah perkahwinan buat Cik muda dan raja Ahmad. " Jelas Suri lalu Intan mengangguk kecil.

Kemudian, kakinya mula melangkah masuk ke dalam kamar tersebut. Mata gadis itu tertancap pada kain panjang paras lutut yang dihiasi dengan corak bunga yang berwarna kuning cair, putih dan biru muda. Kemudian matanya jatuh melihat kain bawah pula yang berfungsi untuk menutup keseluruhan kakinya, dihiasi dengan corak bunga yang berwarna kuning cair dan putih.

" Cik muda. " Panggil Suri lalu dibalas dengan pandangan Intan.

" Ya? "

" Keluarga diraja sedang menunggu ketibaan Cik muda. Alangkah baiknya jika kita mula berdandan sekarang juga. " Jelas ketua dayang tersebut.

" Oh, ya. Teruskan. " Balas Intan dengan senyuman kecil.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

PINTU kamar dibuka luas, lalu terpampang Intan yang lawa berpakaian kaum kerabat diraja. Dihiasi sedikit wajahnya dengan solekan nipis, dihiasi lengannya dengan berbagai gelang yang ringkas, rambut panjangnya disanggul rapi. Cukup cantik dimata orang lain. Apatah lagi jika dimata raja Ahmad.

" Apakah Cik muda sudah bersedia untuk berangkat mengadap Sultan Mahmud dan Permaisuri Balu Agung? " Soal Suri lalu Intan mengangguk kecil.

" Hamba bersedia. "

[\]

LANANG Arjuna melepaskan tembakan segera sehingga terkena tepat pada sasaran dihadapannya. Lalu, ditarik lagi picu senapang dan diacukan pada sasaran sekali lagi. Raja Ahmad Shah yang melihat gelagat jejaka itu mula mengerutkan dahi, pelik. Kelihatan amat marah, namun mata tampak lebam. Entah-entah baru habis menadah air mata kali?

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now