BAB 9

66 16 1
                                    

INTAN berjalan masuk ke perkarangan rumahnya. Ketika itu, kelihatan Melati dan Nadim sedang menuruni tangga bersama beberapa orang hamba yang membawa beg-beg pakaian. Intan kemudian segera menghampiri kedua ibu dan bapanya itu.

" Bonda dan ayahanda hendak ke mana? " Soalnya sebaik saja tiba di hadapan mereka berdua.

" Kami berdua akan berangkat semula ke Johor-riau. Ada urusan yang tidak boleh dielak. Selepas sebulan, barulah kami berdua pulang. "

" Lamanya. " Keluh Intan.

" Maaflah, ayahanda lupa beritahu kamu semalam. " Pujuk si ayah.

" Hah nanti, jangan lupa siram pokok-pokok bunga bonda. Dan jangan lupa makan juga. Tengoklah badan kamu tu Intan, dah kurus sangat. Nanti orang kampung ingat bonda dan ayahanda dera kamu. " Nasihat si ibu pula dengan menyelitkan sebuah usikan.

" Ayahanda telah pun memberi tanggungjawab kepada beberapa orang hamba untuk menjaga dan mengawasi kamu. Jangan merayau kemana-mana tanpa beritahu mereka. Faham? " Soal Nadim dan kemudian dibalas dengan anggukan kecil Intan.

Seraya itu, Intan pantas memeluk kedua ibu bapanya itu dengan erat.

" Hati-hati. " Nasihat Intan.

[\]

SETELAH beberapa hari ketiadaan Nadim dan isterinya di Melaka, Intan berasa bosan. Semua kerja seperti menyapu sampah, menyiram bunga, membersihkan telaga dan sebagainya sudah siap dikerjakan oleh para hamba.

Intan hanya duduk termenung melihat langit dan mendengar burung berkicauan di kawasan perumahannya.

Lalu,

Bang!

Satu das tembakan dilepaskan. Intan yang ketika itu sedang melihat langit yang luas, terkejut dengan kehadiran burung-burung pipit yang berterbangan bebas dilangit. Gadis itu segera melihat tempat bunyi itu berasal.

Tidak lain tidak bukan dari Istana Melaka.

" Mak Ida! Intan hendak ke gerai sebentar. Mak Ida tidak perlu menemani Intan. Intan boleh pergi sendiri. " Bohong Intan kemudian segera meninggalkan rumahnya.

.
.
.
.
.
.
.
.

Bang!

Raja Ahmad lantas mengeluh setelah tembakan baginda tersasar jauh. Pada masa yang sama, Arjuna sedaya upaya untuk menahan tawa melihat gelagat putera raja tersebut yang terlalu lembik memegang senapang itu.

" Alahai, berat sangat ke senapang tu, Tuanku? " Usik Arjuna.

Mendengar saja usikan itu, baginda pantas menggulingkan matanya.

" Cukup. Sekarang, kita berdua seri. Beta menang dalam pertarungan silat dan kamu menang dalam melepaskan tembakan. Tiada apa yang hendak dibanggakan lagi. " Ujar baginda.

Arjuna hanya membalas dengan anggukan kecil.

Kemudian, lelaki itu segera mengambil senapang dan disasarkannya pada kayu berbentuk bulat dihadapannya.

" Patik bukan apa. Patik cuma mahu ingatkan yang Melaka tidak boleh mengharapkan tentera dan rakyat semata-mata dalam menentang Portugis. Sejak dua menjak ini mereka sudah semakin berani menunjukkan belang. " Kata Arjuna sambil menarik picu senapang.

" Mereka datang sedikit demi sedikit, mencari dimana titik kelemahan Melaka. " Mata senapang segera diacukan tepat pada titik merah dihadapannya.

Puas Ku Merayu [H]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora