BAB 11

54 13 0
                                    

INTAN hanya mampu melihat raja Ahmad Shah dan Lanang Arjuna mengenggam senapang dari jarak yang agak jauh. Tekun mereka berdua berlatih dari pagi sehinggalah ke petang hari.

" Tuanku. Rasanya sampai sini sajalah tugas patik untuk hari ini. Patik perlu ke tempat lain pula. Ada urusan. " Ujar Arjuna. Senapang itu perlahan dia turunkan.

Justeru, raja Ahmad mengangguk yang jelas menandakan baginda bersetuju. Kemudian, mata baginda kembali fokus pada sebuah botol kaca yang diikat kemas pada ranting kayu yang terletak jauh 100 meter dari mereka berdua.

" Senapang meriam itu tinggalkan saja disini. Nanti beta pulangkan. " Arah baginda.

Langkah Arjuna terhenti dan pantas saja dia memalingkan wajah ke arah putera muda itu.

" Mengapa? Risau beta rosakkan senapang itu? " Soal baginda dengan kening sengaja dinaikkan.

Lanang Arjuna mengeluh ringan.

" Pastikan Tuanku pulangkan semula. Usah beri orang lain lihat senapang meriam ini. " Nasihat lelaki itu sambil mengangkat sedikit senapang tersebut pada paras bahu.

Raja Ahmad segera memandang Arjuna lalu berdecit. Sisa rambut sengaja diselak.

" Kamu ambil benda itu daripada siapa pula kali ini? " Soal baginda sambil memandang Arjuna dengan penuh kehairanan.

Lelaki itu segera mengeluh dan terus berjalan pergi. Namun, sempat baginda raja menahan lengannya sehingga langkah Arjuna terbantut.

" Ha. Mana mahu lari? " Ejek baginda.

" Eish. Patik dapat daripada pasukan ketenteraan Melaka. Patik ada seorang sahabat yang berpangkat tinggi, dia lah yang bantu patik dapatkan senapang meriam ini. " Jelas Arjuna lalu menepis pegangan raja Ahmad.

" Usah khawatir. Beta akan pastikan senapang ini dipulangkan dengan segera. Dimanakah beta harus letakkannya nanti? Dirumah kamu? " Soal baginda, mencari kepastian.

Arjuna terdiam.

" Mengapa? Jangan kata kamu tidak berumah. "

" Ya. Memang. Senapang meriam itu tinggalkan dalam kotak di perahu yang bercorakkan batik aceh di hujung pelabuhan Melaka. Pastikan ia berbalut dengan kain. " Terang Arjuna.

Putera raja itu hanya mengangguk faham.

" Patik pergi dahulu. Jangan lupa yang senapang itu boleh membawa padah jika dilihat- "

" Beta tahu. " Jawab baginda ringkas memotong kata Arjuna. Lelaki itu pantas mencebik.

" Jumpa nanti, Tuanku. " Ucapnya kemudian berlalu pergi.

Ketika Arjuna membawa diri untuk menuruni bukit, Intan segera berlari ke arahnya. Badan kecil itu kemudian berada dihadapan Arjuna dengan kedua tangan sengaja didepakan, menghalang pergerakan Arjuna.

" Apa dan kenapa? " Tanya lelaki itu.

" Aku perlukan engkau esok hari, jumpa aku depan pelabuhan. Dan tolong jelaskan alasan engkau beri aku pakaian ganti pada hari itu. Tipu saja yang engkau adalah pedagang cina dan ucaplah terima kasih apabila Mak Ida beri wang syiling atau benda yang berharga. " Jawab Intan tanpa segan silu. Mana tidaknya, hidupnya kini bergantung pada kata-kata Arjuna.

" Tipu, berdosa. " Ujar lelaki itu.

" Tipu sunat. " Balas Intan.

" Aku sudah jelaskan pada engkau tadi. Esok tidak boleh. Aku ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan secepat mungkin. " Kata Arjuna sambil menyelak rambut hitam panjang paras bahunya itu ke belakang.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now