SPOILER

75 9 13
                                    

Setelah kemangkatan Paduka Raja Tun Perak yang telah berkhidmat dengan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Shah, sistem pentadbiran Kerajaan Melaka telah menjadi lemah. Memberi dan menyuap rasuah berlaku dimana-mana saja. Sesetengah orang-orang Besar Melaka juga tidak bertanggungjawab dan sering lalai. Melaka kini berada dititik paling lemah.

Ketiadaan Tun Perak,

Melaka menjadi kucar kacir.

Air mata Intan mula mengalir ke pipi sebaik saja dia menyentuh wajah bayi yang baru dilahirkannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air mata Intan mula mengalir ke pipi sebaik saja dia menyentuh wajah bayi yang baru dilahirkannya itu.

Disebabkan keadaannya yang semakin tenat, Mak Ida mula menyerahkan bayi itu pada Intan agar dapat dikendongnya buat kali terakhir. Gadis itu mula mengukir senyuman manis, namun air mata tidak henti membasahi pipi.

" Hamba sudah memanggil dia untuk kembali.  Cik muda.. Perlu kuat sehingga dia tiba. Ya? " Pujuk wanita itu lalu Intan tersenyum kecil.

" Tidak cukup kuat kah hamba selama ini, Mak Ida? Hamba rasa hamba sudah tidak kuat setelah melihat satu persatu daun gugur dihadapan mata. " Ujarnya.

Mak Ida mula menahan air matanya dari tumpah. Cepat-cepat dia memeluk Intan.

" Cik muda.. "

" Anak kecil ini.. Hamba tidak mahu orang tahu yang dia adalah anak kandungnya. Tolong rahsiakan pada sesiapa. Kehidupan disini sudah memenatkan apatah lagi dalam istana. Hamba sudah tidak kuat. Atau memang hamba sebenarnya lemah? " Senyum Intan.

'Srikandi Cik Muda Intan sudah pergi buat selama-lamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Srikandi Cik Muda Intan sudah pergi buat selama-lamanya. Pulanglah, Arjuna. Ucapkanlah selamat tinggal padanya. Pada Cinta pertamamu''

Arjuna terduduk.

Jejaka itu segera menaiki kudanya lalu menunggang menuju ke Melaka semula. Selama tiga bulan, tanpa henti menuju ke Melaka, akhirnya dia tiba dihadapan kediaman lama Intan.

Pagar usang itu dibukanya.

Melihat saja keadaan rumah yang kosong dan berhamburan itu, Arjuna mula jatuh melutut.

" Aku... terlambat. " Kesalnya.

Air mata mula jatuh membasahi pipi.

Ke mana perginya baginda yang sudah berjanji akan menjaga dan melindungi gadis itu?________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ke mana perginya baginda yang sudah berjanji akan menjaga dan melindungi gadis itu?
________________

Penantian yang tiada pengakhiran.

'Merayulah sepuas hati, jika itu kehendak-Nya maka ia adalah satu takdir yang sudah lama tertulis di Luh Mahfuz.'

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now