BAB 13

54 10 5
                                    

LANANG Arjuna memasuki bilik dan segera melangkah ke arah jendela setelah selesai menunaikan solat subuh berjemaah dengan ibu dan ayahnya. Tingkap dibuka membenarkan bayu subuh memenuhi ruangan bilik.

Kelmarin malam, jejaka itu sengaja pulang lewat malam hanya disebabkan tidak mahu ditanya bermacam-macam soalan oleh ibunya. Terpaksalah jejaka itu membantu peniaga-peniaga pasar malam mengemas barangan dan makanan yang dijual oleh mereka.

Namun, lama kelamaan, paksaan itu akhirnya menjadi ikhlas.

Tenang saja dia membantu orang-orang susah disana. Sampaikan sakit pinggang pun baru diperasannya hari ini.

Tok! Tok!

Ratna mengetuk dan membuka pintu kamar anak tunggalnya itu sambil membawa sarapan pagi. Kemudian, segera diletaknya atas meja berdekatan.

" Arjuna boleh saja menjamah santapan ini bersama ibu dan ayah, mengapa perlu susah-susah membawanya ke sini? " Soal Arjuna.

" Sekali sekala. Beri lah pula ibu dan ayah masa berdua-duaan. " Balas wanita itu dengan senyuman.

Arjuna pantas menjeling dan kembali memandang ke luar jendela.

" Nah, ini alamat rumah keluarga Cik muda. Buat masa sekarang, ibu dan ayahnya tidak berada dirumah. Yang ada cuma hamba dan penjaga peribadi Cik muda saja. " Ujar si ibu sambil menyerahkan sekeping kertas kecil pada Arjuna.

Lelaki itu segera membukanya dan membaca alamat rumah bakal tunangnya itu.

" Apa nama panjang gadis itu, ibu? " Soal si bujang.

" Tanya lah dia sendiri. Yang penting, gadis itu daripada keluarga Laksamana. "

Arjuna membalasnya dengan jelingan lagi. Ingin mengusik.

" Memang benar kamu ingin melamarnya? " Soal Ratna mencari kepastian.

" Adakah ibu lihat para gadis dan jejaka di Melaka ini berkahwin atas dasar cinta? Anak daripada keluarga bangsawan dipaksa berkahwin untuk menjaga nama keluarga. Anak daripada keluarga miskin pula dipaksa berkahwin supaya ada yang sanggup menyara mereka. Semuanya dipaksa. Mahu kata yang itu adalah takdir? Takdir apakah yang berakhir seperti itu? Macam lah Arjuna tidak tahu yang ibu dan ayah pun dipaksa berkahwin oleh datuk. Dan ibu kata itu adalah takdir? Takdir juga yang membawa Arjuna dalam alam perkahwinan seperti ini. " Jawabnya panjang lebar.

Si ibu kemudian segera memberi tamparan kuat pada bahu Arjuna.

" Lama-lama nanti cinta akan berputik! Jika tidak wujudnya cinta itu, kamu manalah lahir! Jangan salahkan takdir lagi selepas ini. " Jeling si ibu.

Arjuna terdiam seribu bahasa.

" Baik takdir atau kebetulan, keduanya amat menyiksakan. Walaupun ia satu seksaan, aku patut bersyukur yang aku dapat menatap dan bertemu dengannya. "

" Mampukah takdir ini berakhir dengan indah seperti takdir ibu dan ayah? " Monolog Arjuna.

" Dengarkah Arju pada ibu? " Soal Ratna sambil memetik jari dihadapan anak tunggalnya itu.

" Ha? Apakah yang diujarkan oleh ibu tadi? " Hairan si bujang. Kening dikerutkan menandakan yang dia langsung tidak menangkap ujaran daripada ibunya.

" Ibu tanya jika kamu akan pergi ke rumahnya pagi ini. " Jawab Ratna.

" Ya, ibu. Arjuna tidak mahu menunda hari lagi. Lebih baik jika ia dipercepatkan. "

" Baguslah. Lebih cepat, lebih tinggi peluang kamu merebut harta itu. " Gurau si ibu sambil tersenyum nipis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now