BAB 35

39 6 0
                                    

SEGELAS cawan yang dihidang di atas meja kayu itu lantas dibaling oleh Tun Senaja ke dinding sehingga berkecai.

Dayang-dayang istana yang turut menyaksikan itu mula terkedu. Begitu juga dengan Seroja yang duduk melutut di hadapannya. Rasa takut dan gelisah mula menyelubungi diri.

" Beta sudah cakap jangan bertindak meluluh, Seroja! Kamu lihat apa yang telah terjadi terhadap Intan! Kamu ingat jika raja Ahmad tiada di Melaka, kamu boleh bertindak sejauh ini? " Tengking Tun Senaja.

Bahu Seroja sedikit terhinjut kerana terkejut dengan jeritan wanita tersebut.

" Habislah jika tabib diraja tahu akan keadaan Intan. Bukan kamu saja yang akan mati, beta sekali! " Tegasnya lalu menyeka rambut ke belakang.

" Ampunkan Seroja, Tuanku. Seroja akan cari jalan untuk tutup kesalahan Seroja. Percaya lah pada Seroja, Tuanku. " Pinta gadis itu lalu menunduk menatap lantai istana. Dalam hati berdoa sekuat hati agar Tun Senaja memberinya peluang kedua.

Namun begitu, wanita itu hanya berdecit kemudian memalingkan wajahnya dari Seroja.

" Sudah. Elok kamu keluar dari kamar beta ini. " Titah Tun Senaja.

" Tapi, Tuanku! "

" Keluar, lekas! " Tengking wanita itu. Seroja akur, dia perlahan-lahan mengangkat kaki untuk keluar daripada kamar Tun Senaja.

" Puteri Mahkota memang menyusahkan dan menyebalkan. Mati saja lah, tidak perlu susahkan orang. " Harap gadis itu. Tangan digenggam pada kain untuk menahan amarah daripada membuak.

Seorang dayang yang mendampinginya sejak kecil lagi mula berjalan mendekati gadis itu ketika dia sedang berjalan menuju ke kamarnya.

" Puspita, beritahu beta kamu berhasil menangkap dayang itu. " Ujar Seroja mengharapkan segala rancangannya berjalan dengan lancar.

Puspita segera mengangguk.

" Kami berhasil, Tuanku. Dia sekarang dikawal oleh pengawal diraja. Apakah Tuanku hendak berangkat untuk berjumpa dengannya sekarang? " Soalnya separa berbisik.

" Malam nanti. Beritahu pengawal itu yang beta arahkan untuk dia menyeksa dayang tersebut. Seksa sehingga dia mengaku bahawa dia lah yang meracuni Puteri Mahkota. " Titah Seroja langsung tidak mengasihani dayang istana yang tidak bersalah itu.

Matanya memajam memandang kediaman Puteri Mahkota dari jendela yang terbuka luas. Kedua tangan digenggam, cuba menahan amarah.

" Seksa dia. Ugut bunuh adik kembarnya jika dia masih berkeras. Faham? "

" Ya, Tuanku. " Akur Puspita sambil menunduk memandang lantai istana.

Seroja mengetip giginya. Tanpa membuang masa, gadis itu segera melangkah pergi meninggalkan orang bawahannya itu bersendirian di koridor.

" Oh ya, beta terlupa. Seksa dia namun jangan sehingga dia mati. " Sambung gadis tersebut tanpa memalingkan wajah ke arah Puspita.

Kemudian, dia berlalu pergi.

Setelah kelibat Seroja menghilang, baru lah Puspita mengorak langkah keluar daripada istana untuk menyampaikan pesanan dan arahan daripada Seroja kepada para pengawal yang mengawasi dayang istana tersebut.

[/]

JELAS kelihatan Suri dan Arjuna berada di luar kamar beradu milik Intan. Keduanya tampak gelisah dan khawatir atas keadaan yang menimpa Intan semalam. Sudah seharian dia berada dalam kamar, dirawat dan dilindungi dengan rapi oleh beberapa orang tabib diraja.

Walau gadis itu diawasi oleh tabib-tabib diraja yang berpestij, kegelisahan Arjuna masih tidak boleh luntur kerana khabar akan kesihatannya masih disimpan oleh mereka yang berada dalam kamar beradu tersebut.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now