BAB 32

38 6 0
                                    

ARJUNA menghela nafas berat tatkala sedang melangkah masuk ke dalam perkarangan Istana Melaka. Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di kawasan tersebut, jejaka tinggi lampai itu akhirnya merasakan ketenangan. Kerana apa? Sudah tentu kerana dapat mengawasi dan melindungi Intan dari jarak yang dekat.

Dia perlahan mengangkat sebatang cucuk sanggul berwarna perak yang bercorakkan sekuntum bunga daffodil ke paras dadanya.

Arjuna mula mengukir senyuman nipis. Fikirannya mula terngiang-ngiang akan detik ia diberi oleh seorang peniaga alat aksesori suatu ketika dahulu semasa dia sedang memilih hadiah untuk diberikan kepada tunangnya.

Namun, semua itu sudah menjadi sebuah kenangan. Kenangan yang tidak mampu untuk dilupakan.

" Tuanku. "

" Ya, dinda? "

Arjuna memandang raja Ahmad dan Intan yang berada tidak jauh daripadanya. Mereka tampak bahagia dan semestinya senyuman memenuhi wajah. Arjuna yang memerhatikan gerak geri baginda dan sang isteri mula memutuskan untuk melangkah pergi. Tidak mahu menganggu.

" Tuanku tidak lupa bukan rancangan kita untuk esok hari? " Soal Intan meminta kepastian.

Raja Ahmad lantas mengangguk.

" Sudah semestinya. Esok hari lahir kamu, bukan? "

" Ish. Bukan lah, Tuanku. Tidak mengapa lah. Patik minta diri dahulu. " Pinta gadis itu setelah diri terasa dikhianati.

" Dinda! " Panggil raja Ahmad pada Intan yang kian menjauh.

" Benar lah esok hari lahir kamu. Apa beta salah cakap? Dinda, tunggu! "

Baginda raja segera berlari anak ke arah si isteri yang merajuk.

[\]

ANGGUN mendongak memandang bintang yang bertaburan di atas langit. Tanpa dia sedari, bibirnya mula mengukir senyuman indah. Entah mengapa dua menjak ini, dia berasa bahagia walaupun realitinya dia sekarang masih bekerja di bawah baginda sultan. Namun, perasaan bahagia itu tidak menjadi penghalangnya untuk meneruskan rancangan ke atas keluarga diraja.

" Lama tunggu? " Soal Angkasa yang datang bersama pelita dan sebuah bekal yang dibungkuskan dengan daun.

Jejaka itu pantas saja duduk di atas tanah bersebelahan dengan Anggun.

" Tidak. Hamba baru saja tiba di sini dalam tiga minit yang lalu. " Balas gadis itu sambil tersenyum kecil.

" Baguslah. "

" Apa yang Tuan hamba bawa itu? "

" Oh ini? "

Angkasa segera membuka balutan makanan ringan tersebut lalu diserahkan kepada Anggun.

" Tapai pulut. Kegemaran engkau. " Ujar jejaka itu sambil tersenyum memandang Anggun yang ketika itu seakan ingin melompat keriangan.

" Terima kasih. " Ucapnya lalu menyambut sebungkus makanan ringan itu daripada Angkasa.

" Sama-sama, Bunga. "

Anggun segera menyuap sedikit tapai pulut tersebut ke dalam mulut. Jejaka yang berada di sebelahnya refleks mengukir senyuman kecil.

" Lazat. Siapa yang buat? " Soal gadis itu.

" Ibu aku. Kalau engkau suka, aku boleh bawa lagi. Banyak lagi dekat rumah. Lagi pun, tiada siapa yang boleh habiskan. Dekat rumah cuma ada ibu dan ayah aku saja. Mereka berdua tak mampu habiskan semua tapai pulut tu. " Jelas Angkasa lalu Anggun mengangguk faham.

Puas Ku Merayu [H]Where stories live. Discover now