Farrel & Anggun |1

39.7K 1K 35
                                    

"Honey, I ambik you around 6 o'clock. Is that alright?" Tengku Farrel menatap wajah Melinda yang sedang ralit menatal skrin iPhone nya. Entah apalah yang menarik sangat dengan iPhone nya berbanding dengan wajah kacak maut Tengku Farrel ini.

Kekasihnya itu masih ralit memandang skrin iPhone nya. Bikin panas pula. Dia sedang bercakap dengan tunggul ke?

"Mel, I tengah cakap dengan you ni." Tangannya dengan pantas merampas iPhone ditangan Melinda. Gadis itu mendengus kuat berserta dengan satu jelingan. "Give me back my phone Farrel." Nada suaranya sedikit meninggi. Bengang dengan sikap Tengku Farrel yang dirasakan agak kebudak-budakkan. Rampas-rampas telefon pula.

Dipupuk rasa sabar di dalam dirinya dengan sikap dingin Melinda sejak kebelakangan ini. Sayang punya pasal. Dia layankan sahaja sikap acuh tak acuh Melinda sekarang ini.

Sudah tiga tahun mereka bergelar pasangan kekasih, tapi entah mengapa dia seolah-olah tidak mengenali Melinda ketika ini. Terasa gadis itu bagaikan orang asing padanya. Lain benar sikap dan layanan gadis itu terhadapnya sejak dua menjak ini. Tidak tahulah dimana salahnya.

Pujuk pun sudah. Ungkapan maaf sudah berkali-kali terpacul keluar dari mulut Tengku Farrel. Tapi begitulah Melinda. Tetap dingin.

"Dengar tak apa yang I cakap tadi?" Soalnya dengan lembut sekali lagi. Matanya ralit memerhati wajah masam mencuka Melinda.

"I tak ada mood la nak keluar malam ni. Lain kali okay?" Jawab Melinda. Dia paksa dirinya untuk tersenyum manis.

"Okay honey." Jawab Tengku Farrel ringkas beserta dengan kenyitan mata. Tidak ingin memaksa jika orang tidak sudi.

"I balik dulu okay. Ada family matter. Walid called just now" Tangannya lincah mengemas buku-buku dan kertas-kertas masuk ke dalam beg sandangnya. Lantas dia bingkas bangun dan berlalu pergi.

Terpinga-pinga Tengku Farrel di buatnya. Gadis itu berlalu pergi sebegitu sahaja. Dia mengeluh perlahan.

'Apa salah aku ni? Besar sangat ke salah aku kali ini?'

'Apa salah aku ni? Besar sangat ke salah aku kali ini?'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jarum jam sudah menunjukkan tepat pada pukul 8.30 pagi. Anggun Adelina berlari selaju yang boleh menuju ke perhentian bas. Hari ini dia terbangun lambat dek kerana terlalu asyik menonton drama korea sehingga lewat malam.

'Padan muka kau Adelina, mampus nak menjawab dengan Prof. Alia.' Bebelnya terhadap diri sendiri.

Adelina merupakan pelajar tahun kedua di peringkat ijazah di UKM dalam jurusan seni bina.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now