Farrel & Anggun |68

16.8K 683 62
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha 😂

Tengku Farrel memejamkan matanya rapat. Andai ini takdir yang telah tertulis buatnya, dia redha. Wajah Adelina semakin kuat bergentayang di benak fikirannya.

"Abang cintakan sayang. Maafkan abang sebab abang tak sempat nak ucapkan selamat tinggal pada sayang." Rintihnya di dalam hati. Bersama itu, air matanya terus mengalir deras dari hujung mata.

Bang!

Bang!

Bang!

Bunyi tiga das tembakan bergema kuat didalam gudang kosong itu.

Buat seketika, Tengku Farrel sedikit hairan, kenapa badannya tidak terasa sakit. Sepertinya tiada sebutir peluru pun yang menembusi badannya. Hanya sakit yang terhasil dari kesan tusukan pisau sahaja.

Aik?

Bunyi derapan kaki membuat Tengku Farrel membuka matanya dengan perlahan-lahan. Beberapa orang tentera United Nations yang lengkap bersenjata sedang mara ke arahnya. Dahinya jelas terpeta dengan garis kerutan.

"Aku belum mati lagi ke ni?"

"Tengku, are you okay?" Soal salah seorang tentera itu. Dia dibangunkan perlahan-lahan oleh tentera itu. Manakala, tentera yang lain terus mengepung sekujur badan Felix.

Felix sudah terbaring kaku di atas lantai dengan kesan tembakan di kepala dan dadanya. Belum sempat dia menembak Tengku Farrel, Squad penyerang hendap Unit United Nations sudah melepaskan tembakan terlebih dahulu ke arahnya.

Terukir senyuman sinis di bibir Tengku Farrel. Nak bunuh dia? Alih-alih dia pula yang terbunuh. Untunglah! Tak perlu dia bazirkan tenaga dan masa untuk menghabiskan riwayat Felix.

Tangannya terus bergerak ke arah tempat tusukan pisau itu. Bisa yang terhasil dari kesan tusukan pisau itu semakin menjadi-jadi. Darah semakin membuak-buak keluar dari tempat tusukan pisau itu. Tengku Farrel meringis kesakitan.

"Code blue alert, Code blue alert. The situation is cleared now! Send the emergency unit straight away!" Arah tentera United Nations yang bernama Kamal itu. Dia berkomunikasi melalui alat walkie-talkie yang terpasang pada bajunya.

"Tahan sikit Tengku."

"T-to-long cari anak buah saya." Dalam keadaan dia menanggung rasa sakit itu, dia masih lagi teringatkan Mike. Entah apalah nasib si Mike itu.

"Baik, Tengku."

Tidak sampai lima minit, Unit Red Cressent mula masuk ke dalam gudang itu bersama stretcher.

Tengku Farrel terus diangkat ke atas stretcher tersebut sebelum dibawa keluar dari gedung itu. Akhirnya misi menyelamatkan Tengku Farrel sudah selesai. Kini unit United Nations berusaha keras pula untuk menjejaki Mike.

 Kini unit United Nations berusaha keras pula untuk menjejaki Mike

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now