Farrel & Anggun |27

19.2K 711 29
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

Setelah menemukan posisi yang tepat, Tengku Farrel memukul bola golf di hadapannya dengan kayu golf yang dia pegang. Seperti jangkaannya, bola tersebut selamat mendarat ke lubang yang dituju.

"Nice Farrel!" Puji Dato' Sri Firdaus sambil menepuk tangan. Tengku Farrel membetulkan kaca matanya yang sedikit melorot turun sambil menayangkan senyuman bangganya pada daddy-nya dan Dato' Sri Firdaus.

"Tengku." Panggil Ray, anak buahnya. Tengku Farrel menoleh ke arah Ray, seraya mengangkatkan keningnya. Kalut-kalut Ray mara ke arahnya. Risau je kena libas dengan kayu golf sebab dah berani ganggu majikannya itu.

"Saya nak bagitahu something mengenai Puan Muda." Bisiknya. Tidak mahu Tengku Rithauddeen dan Tan Sri Firdaus mendengar.

"Alright, go ahead."

"Saya dapat maklumat dari Benji. Puan Muda bergaduh besar dengan Megat Aaron. Dia nampak Megat Aaron dengan perempuan lain di shopping mall. Sekarang ni Puan Muda ada di sebuah taman rekreasi..."

"What?? Dia tengah buat apa kat situ?" Soalnya sedikit hairan. Perasaan risau sudah berada ditangga teratas sekarang ini.

"Sedang menangis. Berseorangan."

"Oh god." Lalu sarung tangan yang terbalut di tangan kanannya dibuka. Terus Dia menapak ke arah daddy-nya.

"Daddy, Farrel kena gerak dulu. Ada emergency."

"Emergency apa Farrel?"

"Nanti Farrel cerita. Uncle, Farrel gerak dulu. Ada emergency." Lagi sekali ayat itu diulang apabila dia melihat Dato' Sri Firdaus sedang melihat ke arahnya. Tangan daddy dan Uncle Daus disalam terlebih dahulu sebelum dia berlalu pergi.

Tanpa membuang masa, dia berlari ke arah golf cart. Dia perlu cepat. Sudah diarahkan anak buahnya untuk memantau Adelina yang sedang keseorangan terlebih dahulu sebelum dia sampai ke sana. Namun tetap, perasaan risau mengasak jiwanya.

Dari kejauhan dia sudah nampak Adelina yang sedang duduk termenung di perhentian bas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari kejauhan dia sudah nampak Adelina yang sedang duduk termenung di perhentian bas. Wajah Adelina kelihatan sangat sugul. Dia memperlahankan keretanya. Dia benci melihat Adelina sebegitu. Apatah lagi kerana seorang lelaki. Hurgh! Stereng kereta diramas penuh geram.

Saat dia memberhentikan kereta betul-betul dihadapan Adelina, gadis itu masih tidak perasan. Terlalu hanyut dalam kesedihan. Lagilah hatinya berbekam dengan rasa marah.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now