Adelina sekali lagi meliarkan pandangan matanya. Dia masih lagi berusaha mencari sahabat baiknya, Sara yang dijangkakan telah tiba di Malaysia.
Bola matanya dikecilkan. Pusat tumpuannya ditajamkan lagi. Jam yang terlilit di tangan kirinya dikerling sekilas. Pencariannya agak terbatas kerana balai ketibaan tersebut dipenuhi dengan ribuan manusia.
Sara menapak keluar dari balai ketibaan sambil menolak troli yang terisi bagasi-bagasi miliknya. Dia sudah nampak Adelina dari kejauhan.
Suasana di Kuala Lumpur ini tidak banyak yang berubah tetapi dapat dilihat perubahan pada sahabatnya karibnya itu..makin cantik.
Adelina mengukir senyum lebar. Rindunya pada Sara bukan kepalang. Sejak mereka tamat belajar, Sara terus menyambung pelajarannya pada peringkat Master di Cambridge University.
Puas diajaknya Adelina agar menyambung pelajaran bersamanya namun Adelina memilih untuk bekerja dahulu. Belum sampai seru untuk menyambung pelajaran katanya.
Lagipun, dia tidak mahu membebankan Mama dan Papa Sara. Mereka ingin membantu menampung kos sambung belajar Adelina, namun Adelina terpaksa menolaknya terlebih dahulu. Tidak tergamak dia.
Mereka sudah banyak membantu Adelina. Biarlah dia bekerja dahulu agar dia dapat mengumpul duit hasil titik peluhnya sendiri. Soal belajar akan difikirkan nanti bila duit tabungannya sudah cukup.
"Sara!" Jerit Adelina dengan kuat. Dia melompat kegirangan. Tidak dihiraukan mata-mata yang sedang memandangnya pelik. Dia pantas meluru ke arah Sara. Sedetik kemudian mereka melompat dan berpelukan gembira.
"Adelina, aku rindu kau." Pipi Adelina dicubit-cubit. Tabiat Sara yang masih sama. Suka cubit pipi orang.
"Adoi, sakit la gila! Pipi aku ni bukannya ada isi sangat pun." Pipinya yang sudah merah itu di usap beberapa kali. Sara hanya tersengih-sengih menayangkan riak wajah tidak bersalah.
Tak jadi nak merajuk kerana rasa rindu mengatasi segala-galanya. Lagi sekali, batang tubuh Sara ditarik dan dipeluk erat.
"Aku dah tak boleh bernafas ni Adelina." Tersekat-sekat suara Sara. Memang erat betul pelukan Adelina ni, tak padan dengan kecil. Pecah ketawa mereka berdua disitu.
"Jom... aku rindu nak jumpa bonda." Rasa lenguh-lenguh badan dan jet lag semakin merimaskan Sara. Ini kalau dilayan sesi jejak kasih dengan Adelina, mahu sampai ke petang mereka berpelukan di lapangan terbang ini.
"Bantu aku tolak. Berat!" Rengeknya. Tangan Adelina ditarik dan diletakkan di atas pemegang troli. Adelina hanya menggelengkan kepala. Kurang asam betul suruh orang tolak troli dia! Nasib sayang.
YOU ARE READING
Tengku Farrel's Dark Obsession (C)
RomanceA Beautiful love story between: TENGKU FARREL FAHREZZI ♥️ ANGGUN ADELINA Anggun Adelina merupakan cinta pertama Tengku Farrel Fahrezzi. Berpisah bertahun lamanya namun takdir telah mempertemukan mereka berdua semula. Ikuti perjalanan Tengku Farrel F...