Farrel & Anggun |SPECIAL CHAPTER 1

26.8K 742 71
                                    

"Raline, salam daddy dan mummy dulu."

Langkah Tengku Raline terus terhenti. Dia terlalu teruja kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru di play school. Hari ini dari pertama dia akan memasuki play school.

Kalau ikutkan hati Tengku Farrel, dia tidak mahu menghantar lagi Tengku Raline ke sekolah. Hal ini kerana dia merasakan usia Tengku Raline masih lagi tidak sesuai untuk masuk ke sekolah. Tetapi atas pujukan isterinya, dia terpaksa membenarkan anaknya masuk ke play school.

Turun saja dari kereta terus Tengku Raline berlari masuk ke dalam Play school tersebut sehingga lupa untuk bersalam dengan mummy dan daddy nya dahulu.

Dia memusingkan badannya kembali, mengarah pada mummy dan daddy nya. Perlahan-lahan dia mara ke arah mummy dan daddy nya dengan sengihan tidak bersalah.

"Amboi dah masuk sekolah,  dapat jumpa kawan baru terus lupa mummy dan daddy ye." Celah Adelina.

"Belajar rajin-rajin okay. Make friends with everyone. Don't bully anyone. Promise?" Pesan Tengku Farrel. Dia duduk bertinggung untuk menyamai paras ketinggian anaknya.

Tengku Farrel ingat akan pesanan seorang Pakar Kanak-Kanak. Jika ingin bercakap dengan anak-anak, haruslah rendahkan posisi badan ke paras mata anak dan meminta dia melihat terus kepada ibu bapa ketika bercakap.

Ini adalah cara terbaik bukan sahaja untuk memastikan ibu bapa mendapat perhatian penuh anak, malah mengajar mereka adab yang betul dengan mendengar penuh hormat ketika orang lain sedang bercakap.

"Pinky Promise?" Jari kelingking dihalakan pada anaknya yang sedang tersenyum manis dihadapannya.

"Pinky promise daddy." Balas Tengku Raline. Jari-kelingking halus dan kecilnya terus bertaut dengan jari kelingking Tengku Farrel.

"Good girl, anak daddy ni." Pipi Tengku Raline dicubit manja.

"Peluk daddy!" Tengku Farrel mendepakan tangan ke arah anaknya. Lalu badan tegapnya terus dipeluk dengan erat oleh Tengku Raline.

"Kiss daddy at both side of my cheeks." Tengku Farrel terus mendekatkan pipinya kepada Tengku Raline.

"Muah!"

Tengku Farrel mendekatkan pipi sebelah kiri pula.

"Muah!"

Setelah itu, tangan kanan dihulurkan pada Tengku Raline. Huluran tangan itu terus disambut oleh tangan kecil Tengku Raline. Disalam dan dikucup penuh hormat dan kasih tangan kekar milik si daddynya. Adelina hanya tersenyum melihat kerenah dua beranak ini.

"I love you so much, anak daddy."

"I love you more, daddy."

Terus melebar senyuman Tengku Farrel.

"Salam mummy pula." Arahnya pada Tengku Raline.

Badan sang ibu terus dipeluk erat oleh Tengku Raline. Adelina membongkokkan sedikit badannya ke arah Tengku Raline. Lalu kedua belah pipi Adelina dicium lembut oleh Tengku Raline tanpa disuruh.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now