Farrel & Anggun| 36

20.6K 665 43
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

Suasana pilu dan sedih mengiringi langkah Megat Aaron pada hari ini. Hari ini dia akan bertukar status. Tidak kurang dua jam dari sekarang, dia akan berjabat tangan dengan tok kadi untuk menikahi Rania Delisha, dan bukannya menikahi gadis yang dia cintai iaitu Anggun Adelina.

Dari tadi wajahnya masam mencuka, tidak terasa untuk senyum langsung. Puan Maimun sudah berkali-kali mengingatkan dia untuk senyum. Buat apa dia senyum jika hatinya sedang bermuram durja ketika ini. Dia ingin meraung sekuat hati sekarang ini. 

Lensa-lensa kamera tidak berhenti berkelip. Bagi pengantin lelaki lain, pastinya sudah tersenyum manis dihadapan lensa kamera, tetapi tidak buatnya. Mahu saja dia merampas dan menghumban semua kamera itu ke tanah.

Wajah Adelina, senyuman Adelina, kelembutan tutur dan sentuhan Adelina, lirikan mata Adelina serta gelak ketawa Adelina semakin rancak bergentayang di benak fikirannya. Sumpah terasa ingin pecah hatinya menanggung rindu terhadap gadis itu. Secebis hatinya tidak berhenti berdoa agar Allah kurniakan kekuatan jiwa untuk Adelina dan dirinya.

Semasa dia melintasi altar, Rania Delisha sudah berada disitu sambil tersenyum manis. Gadis itu kelihatan anggun di dalam persalinan putih, namun tidak seanggun dan secantik Anggun Adelina. Lain yang dia impikan sebelum ini berada di altar itu , lain yang dia dapat pada hari ini.

Megat Aaron melabuhkan duduk di atas bantal khas yang berada berhadapan dengan tok kadi. Tangannya sudah merembeskan peluh. Degupan jantungnya sudah tidak normal lagi.

"Baiklah kalau semua dah ready boleh kita mulakan?" Soal tok kadi tersebut. Megat Aaron tidak menggangguk. Kalau boleh dia tidak ingin kahwin pun.

"Pengantin lelaki?" Soal tok kadi itu lagi. Megat Aaron hanya mengukir senyuman nipis.

Sebelum akad nikah dijalankan, tok kadi tersebut menyampaikan khutbah yang sarat dengan pesanan buat pengantin lelaki dan perempuan dalam melayari alam perkahwinan nanti. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja pada Megat Aaron. Dia tidak berminat!

"Baiklah kita mulakan."

Dengan lafaz bismillah dan sepotong doa. Tok kadi menghulurkan tangannya lalu dengan rasa malas tangan itu dijabat erat oleh Megat Aaron.

"Megat Aaron Azriel Bin Megat Hamid."

"Ye saya."

"Aku nikahkan engkau dengan Rania Delisha Binti Mukhriz berwakil walikan bapanya kepada aku, dengan mas kahwinnya sebanyak lima puluh ribu ringgit dibayar tunai."

"Aa-ku..." Suara Megat Aaron bagai tersekat di kerongkong. Semua yang ada disitu menunggu dia untuk menghabiskan lafaz ijab dan qabul tersebut. Tangan dan bibirnya bergetar hebat.

"Tak apa, jangan gementar. Tarik nafas dan hembus nafas. Tolong bagi dia air." Tok kadi tersebut menghulur botol air minuman pada Megat Aaron. Lalu, botol itu terus bertukar tangan. Diteguk rakus air itu. Sejuknya air itu tidak mampu untuk menghilangkan rasa gementar yang kian memuncak di dalam diri.

"Boleh kita cuba sekali lagi?" Soal tok kadi itu dengan lembut. Megat Aaron hanya menggangguk lemah. Tangan mereka kembali berjabat.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now