Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha
🚨CHAPTER INI MENGANDUNGI AKSI-AKSI GANAS DAN BAHASA YANG KURANG SOPAN🚨
"Kau tak yah nak loyar buruk la kat sini. Aku tak ada masa ni!" Jerkah Marco sekali lagi. Tengku Farrel masih dengan riak wajah bekunya, hanya memandang kosong wajah bengis Marco itu. Wajah Marco kini seperti udang bakar, kemerahan menahan marah.
'Tak ada masa ye? Yup, There's no much time left for you to live.'
"Macam ni la Marco, aku pun tak ada masa juga nak layan kau ni. Tapi..."
"Tapi apa celaka?" Marco pantas memotong ayat Tengku Farrel. Matanya mencerlung tajam ke arah Tengku Farrel. Tengku Farrel mengangkat bahunya dengan riak wajah berlagak.
"Kau ni kuat sangat la mencarut. Ish mak tak ajar ke?" Sindir Tengku Farrel.
"Macam ni,konsep aku senang. Kalau kau tak serang tempat aku, I won't be here right now. Apa yang kau nak sebenarnya?" sambungnya.
"Kau yang rampas hak aku." Tengking Marco.
'Tak penat ke mamat ni? kerjanya menengking orang je. Tekak tu tak perit ke?'
"Hak apa?" soal Tengku Farrel masih dengan nada tenang.
"Bekalan dadah tu sepatutnya aku punya."
"Hahahahahahahah adoi kau faham tak konsep first come first serve. 'Kepala-kepala' lain okay je. Tak ada la angin macam kau ni."
"Itu mereka. Ini aku."
"Oh kau bukan manusia macam mereka ke? Setan?" Perli Tengku Farrel. Dengan pantas Marco meluru ke arahnya lalu mencekak kasar kolar baju Tengku Farrel.
"Kalau aku setan kau tu iblis. Tak yah acah suci." Tengku Farrel mengelap mukanya itu dengan sapu tangan apabila terasa air liur Marco tersembur-sembur di wajahnya.
"Ish naik jerawat muka handsome aku ni. Lain la kau muka macam bontot lembu. Cakap tak payah sembur-sembur air liur. " Api kemarahan Marco sudah tidak dapat dibendung lagi lalu penumbuk padu hinggap di wajah Tengku Farrel.
Bukk!
Bagaikan ingin terpenggal sahaja rahangnya ketika ini. Ada cecair hangat meleleh di tepi bibirnya. Lalu, disapu cecair yang bewarna merah itu dengan ibu jari. Tertawa halus dia dibuatnya. Tak pasal-pasal bibir pecah sebab lelaki ini. Haish! Dijilat darahnya itu sehingga tidak tersisa sedikitpun di ibu jari.
"Tu je?" Soalnya lagi untuk mencabar keberanian Marco. Marco kembali menghayun penumbuk ke arah perut Tengku Farrel tetapi dengan pantas dia mengelak, menyebabkan Marco jatuh tersungkur ke lantai.
"Lembik!" perlinya bersama senyuman sinis.
Belum sempat Marco bingkas bangun, Tengku Farrel menyepak perut Marco dengan kuat bertubi-tubi. Melihat keadaan Marco yang meringkuk kesakitan itu, Tengku Farrel terus menenyeh-nenyehkan kakinya yang tersarung boot itu ke atas muka Marco.
"Arghh sakit la babi!" Jeritnya sambil meringis kesakitan.
"Kau tu yang babi. Berani sangat kau ni." Lalu kakinya dihayun kuat ke muka Marco bertubi-tubi. Membuak-buak darah yang keluar dari hidung Marco ketika ini. Mungkin tulang hidungnya sudah patah. Sudahlah tapak boot yang dipakai Tengku Farrel itu agak keras. Mahu tak patah tulang hidungnya.
YOU ARE READING
Tengku Farrel's Dark Obsession (C)
RomanceA Beautiful love story between: TENGKU FARREL FAHREZZI ♥️ ANGGUN ADELINA Anggun Adelina merupakan cinta pertama Tengku Farrel Fahrezzi. Berpisah bertahun lamanya namun takdir telah mempertemukan mereka berdua semula. Ikuti perjalanan Tengku Farrel F...