Farrel & Anggun |59

18.3K 680 48
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

Selesai memasak makanan tengah hari, Adelina memasukkan ke semua juadah makan tersebut di dalam tiffin. Jam di dinding dikerling sekilas. Jam sudah menginjak ke angka 11.45 pagi. Terus dia mengatur langkah menuju ke biliknya. Dia perlu bersiap-siap. Dia ingin membuat kejutan untuk suaminya.

Tadi dia telah menghubungi setiausaha Tengku Farrel iaitu Kak Yatie. Bertanyakan mengenai jadual Tengku Farrel. Memandangkan Tengku Farrel tiada appointment selepas waktu makan tengah hari. Jadi ini adalah kesempatan terbaik untuknya.

Adelina memerhatikan pantulan dirinya dicermin. Hanya solekan tipis yang menghiasi wajahnya. Kalau tebal-tebal nanti kena bebel pula. Cemburu buta Tengku Farrel itu sungguh menyempitkan dadanya. Dia hanya mengenakan jeans berpotongan flare dan pleated blouse berwarna putih. Senang! Tak perlu digosok.

Rambutnya dirapikan-rapikan dengan sikat sebelum dia turun kembali ke dapur. Tiffin yang berisi lauk dan makanan itu dicapai.

Pintu utama dikuak. Kelihatan anak-anak buah Tengku Farrel sedang berjaga di hadapan pintu rumah.

"Farid, bawa saya ke office Tengku, boleh?"

"Datin dah inform Tengku?"Anak buah Tengku Farrel cukup takut jika membawa Adelina keluar tanpa pengetahuan Tengku Farrel. Tidak mahu mencari masalah. Kalau tak habislah lebam-lebam di badan mereka angkara dibelasah oleh Tengku Farrel.

"Tak. Saya nak buat suprise untuk Tengku." Kata Adelina sambil mengangkat mangkuk tingkat ditangannya.

"Okay baik datin. Jom."

"Farrel!" Panggil seseorang perempuan dari arah belakang sebaik sahaja Tengku Farrel turun dari kereta Porche Macan miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Farrel!" Panggil seseorang perempuan dari arah belakang sebaik sahaja Tengku Farrel turun dari kereta Porche Macan miliknya. Tengku Farrel membetulkan kaca mata hitamnya yang sedikit melorot itu terlebih dahulu sebelum dia memusingkan badan ke arah punca suara itu.

Tch! Betina sundal ni rupanya!

Betullah apa yang diberitahu oleh sahabatnya tempoh hari. Melinda Sophia yang sedang berada di hadapannya ketika ini kelihatan sangat cengkung. Dark circles di bawah mata kelihatan begitu ketara. Dah rupa macam penagih dadah.

Tengku Farrel tidak menghiraukan wanita itu. Dia berura-ura untuk meneruskan langkahnya sebelum tangannya dipegang oleh wanita itu.

"Bie, please. Let's talk."

"Kau nak apa ni Melinda? Aku ingat kau dah mampus. Alih-alih hidup lagi betina sundal ni." Tangannya direntap kasar. Tangannya yang dipegang oleh Melinda Sophia disapu-sapu, tanda jijik.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now