Sudah dua minggu Adelina bekerja di syarikat itu. Alhamdulillah! Segala urusannya dipermudahkan Tuhan. Dia dikurniakan rakan-rakan kerja yang baik dan tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu. Selama dua minggu ini jugalah, tanpa dia sedar, segala gerak gerinya sentiasa diperhatikan oleh 'mata-mata' Tengku Farrel.
Pagi ini Adelina diarahkan untuk ke tapak projek bersama dengan Zamarul. Dia memilih untuk memandu sendiri ke sana. Tidak betah rasanya untuk berdua-duaan bersama dengan Zamarul di dalam satu kereta.
Sebaik tiba di tapak projek, matahari sudah mula memancarkan sinar terik. Mata memicing kerana silaunya. Terpaan panas dari teriknya sinaran itu cukup menyengat kulit.
Zamarul sudah menantikan ketibaannya di pintu masuk tapak projek tersebut. Lelaki itu segak dengan kemeja hitam, warna sedondon dengan blouse yang dipakai olehnya. Adelina memarkir kereta bersebelahan dengan kereta Toyota CHR milik Zamarul.
Zamarul menghampirinya sebaik sahaja dia keluar dari kereta. Ditangannya ada satu topi. "It's scorching hot today, so wear this hat." Lalu dia menyarungkan topi itu di kepala Adelina, siap dengan pakej membetulkan rambut Adelina yang sedikit menutupi mata itu.
'Ambil kesempatan nampaknya! Ini kalau Aaron nampak, mati aku.' getus hatinya.
Dek kerana tangan Adelina yang penuh, memegang skrol lukisan dan dokumen penting, jadi dia tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Tahu-tahu topi itu sudah selamat berada di atas kepalanya. Jadi dia biarkan sahaja, asalkan Zamarul tidak bertindak yang lebih-lebih.
"Jom. Let me help you." Lalu skrol lukisan yang berada di tangan Adelina diambil oleh Zamarul. Adelina hanya mengekori langkah Zamarul dari belakang.
Tanpa mereka sedar, Tengku Farrel sedang memerhatikan mereka berdua dari jauh. Terkepal-kepal tangannya. Perasaan cemburu mula membidik hati. Nampaknya bukan setakat Megat Aaron yang merupakan saingannya kini, tapi ada seorang lagi lelaki yang dia perlu kalahkan untuk memiliki Adelina.
Dia menarik kasar tali leher yang melilit lehernya itu, terasa dirinya membahang ketika ini. Penghawa dingin didalam kereta mewahnya itu pun tidak mampu untuk menyejukkan dirinya. Lalu nombor seseorang didail. Dia perlu menyingkirkan Zamarul secepat yang mungkin.
"Hello.."
Sudah dua jam berada di tapak projek ini, cuaca terasa begitu membahang sehingga kulit terasa seperti hampir terbakar dibuatnya. Teriknya cuaca sudah cukup merimaskan Adelina, ditambah pula dengan sikap Zamarul yang kononnya begitu gentleman itu.
Adelina dilayan persis kekasih hatinya. 'Argh rimas!' Itu semuanya taktik yang cuba ditonjolkan untuk memikat hati Adelina. Bukan setakat itu saja, malah pandangan nakalnya sentiasa melekat pada Adelina.
YOU ARE READING
Tengku Farrel's Dark Obsession (C)
RomanceA Beautiful love story between: TENGKU FARREL FAHREZZI ♥️ ANGGUN ADELINA Anggun Adelina merupakan cinta pertama Tengku Farrel Fahrezzi. Berpisah bertahun lamanya namun takdir telah mempertemukan mereka berdua semula. Ikuti perjalanan Tengku Farrel F...