Farrel & Anggun |2

23.8K 861 9
                                    

Naik lenguh kakinya menemani Sara memilih dress untuk Prom Night nanti. Butik demi butik telah dimasuki, selagi belum ada yang berkenan selagi itulah Sara tidak akan berpuas hati. Huh,beginilah perempuan.

Nak pilih satu sahaja pakaian pun sudah memakan masa berjam-jam. Belum lagi memilih calon suami. Ini merupakan butik ke sembilan yang ditujui mereka. Harap-haraplah ada yang berkenan di hati.

Adelina mengorak langkah menuju ke pakaian yang tergantung rapi berdekatan dengannya. Sara sudah menghilangkan diri ke fitting room. Helaian demi helaian diselak dengan penuh minat. Naik rambang matanya, tapi bila terlihat kepada tanda harga yang tergantung pada setiap baju, terasa payau tekaknya.

'Mak ai, mahalnya.'

"Okay babe, aku nak kau try yang warna merah ini dan warna putih ini." arah Sara sebaik saja dia keluar dari Fitting room sambil menyerahkan dua helai dress labuh potongan moden berona merah dan putih kepada Adelina. 

Adelina menyerahkan seratus peratus kepercayaannya kepada Sara untuk memilih dress buat dirinya. Dia percaya dengan citarasa Sara. Apa yang Sara berkenan, dia juga akan turut berkenan. Dia bukanlah sejenis yang cerewet. Dah nama pun orang belanja, terima jelah apa yang ada.

"Hmm not bad." Dress merah itu terletak cantik di badannya. Dress labuh dengan potongan moden yang membuatkan si pemakainya kelihatan anggun, sophisticated dan classy. Warnanya juga begitu sepadan dengan kulit putih mulus Adelina itu.

Adelina berjalan keluar dari fitting room

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adelina berjalan keluar dari fitting room.

'Jaw drop!'

Semua yang ada di dalam butik, lelaki mahupun perempuan memandang Adelina atas bawah.

"Oh my god, cantiklah BFF aku ni" Terpana Sara melihat kecantikan Adelina. Dia yang perempuan pun sudah terpegun dengan kecantikan Adelina, kalau lelaki apatah lagi.

"Aku rasa kau tak perlu cuba yang warna putih tu. Kita beli yang warna merah ni. Lagipun you are so stunning in this red dress." Ujar Sara.

"Hmm aku tak nak lah. Mahal sangat ni." Terbuntang matanya saat melihat tanda harga pada dress itu. Terpaksa dia menolak dress itu walaupun hatinya juga turut berkenan. Adelina tidak mahu membebankan Sara. Dah la Sara yang nak belanja.

"Ish banyak cakaplah kau ni. Go change it first." Sara menolak tubuh Adelina lembut masuk ke dalam fitting room. Sebaik sahaja pintu fitting room itu ditutup, dia terus ke kaunter.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now