Farrel & Anggun|6

21.4K 739 7
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

Hari ini adalah hari pertama Adelina bekerja sebagai arkitek di syarikat Large Skills Construction. Salah satu anak syarikat dibawah Large Skills Group. Large Skills Group adalah merupakan salah satu syarikat yang terbesar di Malaysia yang telah menapak kukuh di Malaysia dan juga diluar negara.

Rezeki berpihak padanya kali ini apabila dia telah diterima untuk bekerja di syarikat itu. Bukan senang untuk syarikat besar seperti itu untuk mengambil pekerja yang merupakan 'fresh graduate' tanpa pengalaman kerja sepertinya. Alhamdulillah syukur atas rezeki ini!

Semangatnya berkobar-kobar untuk memulakan tugas sebagai seorang arkitek pada hari ini. Hari ini dia mengenakan seluar slack berwarna khaki dan blouse hitam. Rambutnya diikat gaya ponytail, menyerlahkan lagi leher jinjang miliknya.

 Rambutnya diikat gaya ponytail, menyerlahkan lagi leher jinjang miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia memandu sendiri ke tempat kerjanya pada hari ini. Nasib ada Bonda Safura yang sanggup memberi pinjam kereta miliknya kepada Adelina hari ni. Tak perlu berasak-asak dalam pengangkutan awam.

Dengan lafaz bismillah, pedal minyak ditekan. Kereta meluncur laju ke destinasi yang dituju pada hari ini. Dia sengaja untuk bergerak awal dari rumah sewanya, tidak mahu terlewat pada hari pertama bekerja. 'First impression' itu penting.

Jarak perjalanan dari rumah sewanya ke tempat kerja hanya memakan masa dua puluh minit berikutan jalan di kota raya yang masih belum lagi sesak dengan kenderaan. Masa masih bersisa empat puluh lima minit sebelum dia harus 'clock in' di tempat kerjanya hari ini.

Kedai coffee berdekatan dituju untuk mencari secangkir kopi dan pastri bagi mengalas perutnya. Setibanya dia di kedai coffee, Matanya kini melilau mencari tempat untuk memarkir keretanya. Haa ada pun! lalu signal ke kiri diberikan.

Sebaik sahaja dia ingin masuk ke dalam petak parking kosong itu. Dengan tiba-tiba ada sebuah kereta hitam Buggati La Voiture Noire meluru masuk ke petak parking yang kosong itu.

'Kurang asam betul main rampas parking macam tu. Kau buta ke? Tak nampak signal kereta aku?'

Bam!

Tidak sempat untuk menekan pedal brek. Kereta yang dipandu Adelina akhirnya terlanggar belakang kereta Buggati itu. Weih mati aku!

Pemandu kereta mewah itu keluar dari keretanya sambil menarik kasar tali leher di lehernya itu. Urat-urat hijau di leher dan dahinya  mula menimbul menunjukkan lelaki itu sedang menahan marah. Adelina menelan liurnya yang terasa kelat dengan tiba-tiba. Dia takut. Nak bayar ganti rugi tu mahu kena jual buah pinggang. Haha

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now