Farrel & Anggun |69

18.1K 707 40
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha 😂

"AllahuAkbar Farrel. Anak mummy." Batang tubuh tegap Tengku Farrel terus dipeluk erat oleh Raja Farida. Dia mengongoi kuat disitu. Setelah itu, habis segenap wajah anak sulungnya dicium penuh kasih. Syukur anaknya kembali ke dalam pangkuannya dalam keadaan masih bernyawa.

"Mummy rindukan Farrel. Syukur anak mummy ni selamat." Luah Raja Farida serentak dengan air mata yang laju menuruni pipi.

"I miss you so bad, mummy." Pipi tegang Raja Farida dicubit perlahan.

Pap!

Dia menampar lembut perut anaknya. Bukan itu sahaja, tamparan Raja Farida itu mengena tepat pula pada luka diperut Tengku Farrel. Bibir Tengku Farrel terus mengaduh kesakitan.

"Arghh my, sakit! Mummy tampar dekat tempat luka."

Baju T Tengku Farrel terus diselak. Terbuntang matanya melihat badan anaknya yang masih ada kesan lebam dan berbalut dengan plaster itu.

"Sorry sorry. Mummy tak sengaja." Air mata Raja Farida terus turun dengan lebatnya. Dia mengusap perlahan ditempat luka itu.

"Hehehe sakit sikit je. Saja nak buat mummy gabra." Badan Raja Farida terus ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"Kepala hotak you la. Suka sangat la buat orang pecah jantung macam ni. Nyaris mummy nak arwah tau." Ngomel Raja Farida. Geram betullah dia dengan anak sulungnya ini. Boleh lagi nak bergurau. Tahu tak dia tengah sedih sekarang ni?

Buat setetika mereka berpelukan seperti itu. Masing-masing melepaskan rasa rindu yang bersarang di hati. Setelah itu, Tengku Farrel melepaskan pelukannya. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

"My, isteri Farrel mana?"

"She's upstairs. Pergilah Farrel jumpa dengan isteri Farrel. She's suffered a lot. Dia hampir keguguran sebab terlalu rindukan Farrel. Keadaan dia sekarang ni sangat lemah. Morning sickness dia teruk sangat. Mummy tak sanggup nak tengok dia macam tu. Dia dah tak ceria seperti dulu."

Jauh di relung hatinya, perasaan sebu dan sebak mula menyelinap masuk. Sebegitu teruk isterinya terkesan dengan kehilangan dia.

"Farrel naik atas dulu ye."

"Pergilah."

Dia terus melangkah laju menuju ke lif. Dia sudah tidak sabar memeluk dan mencium isterinya.

 Dia sudah tidak sabar memeluk dan mencium isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now