Farrel & Anggun |72

18.8K 749 216
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha 😂

Kali ini entah yang ke berapa kali Adelina mengerling ke arah jam  yang tergantung di dinding. Jam sudah menginjak ke angka 12 malam. Namun batang hidung Tengku Farrel masih lagi belum kelihatan.

Adelina masih setia menunggu kepulangan suaminya walaupun kantuk sudah mula menyerang matanya.

Masakan dia boleh tidur apabila panggilannya tidak berjawab dan pesanan ringkas yang dihantar olehnya,  tiada satu pun yang dibalas oleh Tengku Farrel.

Rasa bimbang semakin merimbun pada setiap saat. Selagi Tengku Farrel tidak dilihat dengan mata kepalanya sendiri, selagi itu hatinya tidak boleh berasa senang.

"Abang, please pick up my calls." Adelina melepaskan keluhan berat. Dia ada menelefon Ray pada dua jam yang lepas. Katanya Tengku Farrel masih lagi berada dipejabat. Sibuk sangatkan suaminya hari ini? Mengapa tidak memberitahunya?

Setelah beberapa ketika, dia sudah tidak dapat lagi menahan rasa mengantuk, lalu tanpa sedar dia terus terlelap di atas sofa yang berada diruang tamu.

Tengku Farrel menolak perlahan pintu utama mansion. Suasana di dalam rumah itu sudah sunyi sepi. Mungkin semua penghuni di dalam mansion ini sudah berlayar ke alam mimpi.

Dia meletakkan kunci kereta di kotak penyimpanan kunci-kunci terlebih dahulu sebelum dia melangkah menuju ke lif. Baru saja melintasi ruang tamu, hujung matanya seperti dapat menangkap bayangan sesuatu.

Dia segera menoleh ke arah ruang tamu. Sosok isterinya yang sedang tidur pulas di atas sofa itu tersapa dipandangannya. Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, perlahan-lahan dia mara ke arah isterinya.

Wajah mulus isterinya yang sedang lena tidur itu ditatap mendalam. Sumpah dia rindu. Ingin saja dia peluk dan cium isterinya puas-puas. Namun apabila teringatkan gambar-gambar isterinya yang sedang berpelukan dengan Megat Aaron, bara amarah yang kian marak di dalam hati mengatasi segala-galanya.

Dia terus membuka langkah untuk segera beredar dari situ. Risau jikalau dia tidak dapat mengawal emosinya, habis badan isterinya akan berbirat nanti.

"Abang.."

Adelina terus bingkas bangun dan memeluk badan tegap suaminya dari arah belakang.

"Abang pergi mana? Anggun risaukan abang."

"I just came back from office." Balas Tengku Farrel dalam nada dingin.

"Kenapa abang tak jawab call dan reply texts Anggun?"

"Busy." Jawab Tengku Farrel sepatah.

"At least bagitahulah Anggun yang abang busy dan abang akan balik lambat malam ni. Tak adalah Anggun risaukan abang."

"Stop talking lah Anggun. I balik penat-penat ni bukan nak dengar you cakap banyak macam ni." Suaranya mula melengking tinggi sehingga membuatkan bahu Adelina terhinjut kerana terkejut.

"Kenapa ab..."

"Dah tepi. Semaklah!" Tengku Farrel pantas memotong percakapan isterinya. Tangan Adelina yang berlingkar dipinggangnya dirungkai kasar. Terkesima Adelina buat seketika.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now