Farrel & Anggun |40

27K 695 64
                                    

Matahari sudah tegak dilangit memancarkan terik sinarannya ke bumi. Sinar cahaya matahari menerobos masuk dari celah-celah langsir dan menyuluh pada wajah Adelina yang masih belum bangun dari tidur. Silauan matahari yang terang-benderang itu membuatkan lena Adelina terganggu.

Dia membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Matanya melilau ke sana sini. Sekali lagi, dia berada ditempat yang asing!

Dia menyelak duvet yang membaluti badannya itu dan ketika inilah dia melihat sekujur tubuhnya yang tidak lagi berbalut walaupun seutas benang.

Dahinya berkerut. Otaknya ligat memikirkan kejadian yang telah berlaku pada dirinya malam tadi. Dia yakin bahawa kejadian malam tadi bukan satu mimpi. Ia benar-benar berlaku. Cuma dia seperti berada di awan-awangan. Bagai berada di persimpangan di antara alam nyata dan alam mimpi.

Adelina bingung!

Pandangannya kosong. Sedang dia termenung seperti itu, fikirannya mula ligat memutar kembali kejadian yang telah dialaminya semalam.

Jus nenas!

Jus yang diminum olehnya pada malam tadi, pasti sudah diletakkan sesuatu didalamnya. Pandangan dilemparkan ke arah baju-baju yang bertebaran di lantai. 

Tidak!

Kepalanya tidak semena-mena menjadi sakit. Kolam matanya mula menghangat. Gebar lembut yang sedang membaluti badannya digenggam dengan erat. Terasa darah mula menongkah arus. Renikan peluh mula terbit didahi. Serasa penghawa dingin dibilik suite ini seakan tidak berfungsi dengan baik. Kencangnya degupan jantung dikala ini, ibarat irama gendang tabla yang tidak kenal erti berhenti.

"Z-z-zam.." Dia menekup mulutnya. Adakah lelaki itu sudah menidurinya? Air matanya sudah mula mengalir turun.

Klak!

Bunyi pintu bilik air dibuka dari dalam. Muncullah satu figura lelaki, melangkah keluar dari balik pintu itu. Adelina memicingkan matanya untuk melihat dengan jelas. Pandangannya yang kian berbalam-balam, menyukarkan dia untuk melihat dengan jelas. 

"Baby, are you awake?"

Saat suara garau itu menyapa digegendang telinganya, serentak itu jugalah hatinya seolah-olah berhenti berdegup.

"F-fa-rrel?"

Adelina tergamam. Tengku Farrel melangkah menghampirinya dengan badan yang hanya berbalut tuala. Gamaknya, baru sahaja lepas mandi, dengan air yang masih menitik turun dari rambutnya yang basah itu.

"Good morning, my baby." Satu ciuman dilabuhkan ke dahi licin Adelina sebelum dia duduk dibirai katil, berhadapan dengan Adelina. Senyuman manis terukir dibibirnya. Lagaknya bersahaja. Seperti tiada apa-apa yang terjadi pada malam tadi. Langsung tiada riak bersalah. 

"W-what y-y-you d-did t-to me last night?" Soalan itu terpacul keluar dari mulut Adelina beserta juraian air mata. Duvet dibadannya digenggam kemas. Bibirnya sudah bergetar. Tangannya sudah terketar-ketar menahan rasa.

"Kita buat sesuatu la semalam. Suka sama suka. Perlu ke I elaborate apa yang kita dah buat semalam?"  Balas Tengku Farrel bersahaja. Mata dikenyit ke arah Adelina. Senyuman manis yang terukir dibibir sedari tadi mulai bertukar sinis.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now