Farrel & Anggun |4

27K 911 13
                                    

"Daddy, Mummy.. Farrel nak sambung belajar di luar negara." Saat di meja makan, Tengku Farrel mulai bersuara. Mendatar sahaja suaranya. Tengku Rithauddeen dan Raja Farida pantas menoleh ke arah anak sulungnya itu. Terkejut.

"Serious?" Soal mummy-nya, Raja Farida.Tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar itu tadi.

"Hmm." Ringkas sahaja jawapan Tengku Farrel sambil tunduk dan tangannya menguis - nguis tanpa tujuan makanan yang masih banyak di pinggannya .

"Okay if that so, which university that you would like to go?" Soal Tengku Rithauddeen kepada anak terunanya itu. Dia teruja. Itu adalah impiannya untuk melihat anak sulungnya menyambung pelajaran di luar negara.

Sudah beberapa kali Tengku Rithauddeen usulkan mengenai hal ini, namun sentiasa ditolak oleh Tengku Farrel. Dia malas nak memaksa. Akhirnya anak sulungnya itu bersetuju dengan cadangannya itu. Maka, senang hatilah dia dibuatnya.

"Farrel ikut je pilihan Daddy." Dia serahkan keputusan bulat-bulat pada daddy-nya. Dia perlu pergi dari sini secepat mungkin, membawa hatinya yang sedang berduka lara. Tempoh percintaannya dengan Melinda bukanlah sehari dua, malah sudah tiga tahun. Bukan mudah untuk melupakan.

"Okay son. I'll handle it." Balas Tengku Rithauddeen berserta dengan senyuman manis. Tengku Farrel terpaksa memaniskan mukanya, menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Tidak mahu menimbulkan rasa curiga dan bimbang di hati ahli keluarganya.

"Alaa along, along nak tinggal adik ke?" Adik bongsu Tengku Farrel, Tengku Farisya mula bersuara. Dia menyemberutkan mukanya. Tengku Farisya sangat rapat dengan alongnya, Tengku Farrel. Mungkin disebabkan dialah anak perempuan tunggal di dalam keluarga itu, jadi dia sangat dimanjakan oleh kedua abangnya itu.

"Along nak pergi belajar Farisya, bukan nak pergi bercuti." Tegur Raja Farida apabila melihat anak bongsunya itu tidak berhenti merengek manja tak ubah seperti budak. Dia menggelengkan kepalanya, dah nama pun anak bongsu, jadi manjanya tak boleh dibawa berbincang.

"3 years only babygirl. Bukannya along tak balik terus." Tengku Farrel mengusap lembut kepala Tengku Farisya yang terlentok di bahunya itu. Memang sakit untuk berpisah dengan keluarganya, tetapi luka dihatinya perlu dirawat dengan segera.

 Memang sakit untuk berpisah dengan keluarganya, tetapi luka dihatinya perlu dirawat dengan segera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

5 tahun kemudian..

"Congratulations on your graduation sayang."

Adelina memusingkan badan ke arah suara itu. Megat Aaron kelihatan sangat segak berkemeja putih, lengan kemejanya pula dilipat hingga ke paras siku,  dan berseluar jeans warna biru gelap. Kacaknya!

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now