Farrel & Anggun |19

19.3K 689 103
                                    

"Sayang, kenapa senyap je ni?" Masuk je dalam kereta, Adelina terus senyap. Naik hairan Megat Aaron dibuatnya. Jauh termenung kekasih hatinya itu.

"Sayang.." Dagu Adelina ditarik supaya memandang ke arahnya. Sedikit tersentak dirinya yang sedang hanyut dalam lamunannya itu.

"Ye Aaron, kenapa?"

"Awak tak dengar ke saya panggil awak tadi?" Sebelah kening Megat Aaron sedikit terjungkit ke atas. Nasib lampu trafik bertukar merah. Jari-jemari halus milik Adelina terus ditautkan dengan jari-jemarinya.

"Hehe sorry." Dia tersengih malu sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik itu.

"Eee comel betul. Lepas kahwin nanti saya nak cium dan gomol-gomol muka cinta hati saya ni." Jari Megat Aaron mengepit hidung mancung Adelina sehingga sedikit kemerahan hidung gadis itu. Susah kalau putih melepak ni.

'Soalnya betul ke kita akan kahwin?'

"Hish! Jangan tarik."

"Nak jugak." Terletus ketawa Megat Aaron. Terhibur hatinya dengan keletah Adelina yang dirasakan comel itu.

"Ibu saya okay tak?" Ah sudah dia dah mula dah.

"Okay. Baik macam awak." Bohongnya sambil menayangkan senyuman hambar. Mukanya dimaniskan. Dia tidak ingin Megat Aaron mengesyaki yang bukan-bukan. Mahu jadi polis pencen nanti kekasih hatinya itu.

"Beruntung awak sayang, ada ibu yang sayangkan awak sangat. Jangan kecewakan dia tau." Luah Adelina. Luahan yang terselit makna tersirat di sebalik ungkapan itu.

"Dan awak akan beruntung juga dapat dia sebagai ibu mentua nanti."

'Yeke aku bertuah? Macam mana nak jadi ibu mentua kalau dia tak berkenan dekat aku langsung.' Bentak hati kecilnya.

"Sayang mengantuk ke?" Soalnya apabila dia melihat Adelina menguap.

"Mungkin kenyang sangat kot. Rasa mengantuk. Hee." Bohongnya. Sengaja dia buat-buat menguap tadi untuk mengaburi mata Megat Aaron. Tidak betah untuk berterusan bercakap mengenai Puan Maimum. Sebal hatinya mengenangkan kata-kata Puan Maimun tadi.

"Okey... tidurlah. Nanti bila sampai saya kejutkan awak." Pipi Adelina di elus lembut. Adelina membuang pandangnya ke luar tingkap.

"Sayang, pandang saya sekejap." Arah Megat Aaron sekali lagi.

"Ye?"

"I love you." Seperti ada rama-rama beterbangan di dalam perutnya ketika ini. Dia tidak tahu sampai bilakah dia dapat mendengar ungkapan cinta dari Megat Aaron. Boleh jadi ini yang terakhir.

'Ya Allah, aku sayangkan lelaki ini.'

Tapi dia tidak ingin Megat Aaron menjadi anak derhaka. Bagaimana untuk meneruskan hubungan ini jika dari awal sudah tidak direstui syurganya.

Adelina memejamkan matanya apabila dirasakan tubir matanya mula menghangat. Dia tidak mahu menangis di hadapan Megat Aaron. Selagi dia boleh tutup kekecewaannya, dia akan tutup.

Lepas satu masalah, satu masalah timbul lagi. Mengapa susah untuk dia merasai bahagia.

'Maafkan hambamu ini kerana terlalu kuat mengeluh.'

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now