Farrel & Anggun |SPECIAL CHAPTER (FINAL)

28.3K 836 133
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha 😂

"Handsomenya anak daddy. Kecil-kecil dah kacak macam daddy. Daddy dulu kacak juga masa kecil-kecil. Tu yang mummy tangkap cintan." Kata Tengku Farrel sambil mencium lembut pipi si anak kecil itu. Sempat dia kerling sekilas sambil menayangkan muka bangganya pada Adelina yang berada di atas katil hospital.

Adelina hanya mencebik seraya memusingkan bola matanya ke atas. Anak keduanya kali ini memiliki raut wajah mirip Tengku Farrel juga. Betapa kuatnya genetik si Tengku Farrel ini.

"Sayang nak letak nama apa?" Soal Tengku Farrel. Rasanya sudah sampai masa untuk menamakan anak lelakinya ini.

"Anggun serahkan pada abang. Anggun dah letak nama untuk Raline. So, giliran abang la pula berikan nama untuk anak kedua kita ni." Jawab Adelina lembut.

"Tengku Marteen Qaisy? Are you okay with that name?" Soal Tengku Farrel bersama senyuman.

"Cantiknya nama."

"Sayang suka?" Tengku Farrel melirik ke arah isterinya yang sedang tersenyum manis itu. Wajah pucat dan kepenatan itu membuatkan Tengku Farrel dihurung rasa sebak. Betapa besar jasa isterinya melahirkan zuriatnya.

Adelina membalas pertanyaan Tengku Farrel itu dengan anggukan kepala.

"Tengku Marteen Qaisy bin Tengku Farrel Fahrezzi."tutur Adelina perlahan.

Tengku Farrel terus meletakkan anaknya yang sudah terlena kekenyangan itu di dalam baby crib. Lalu, dia terus naik ke atas katil dan baring di sebelah Adelina.

Bibir Adelina dikucup lama. Kucupan yang sarat dengan rasa cinta.

"Sayang, terima kasih sebab sayang telah bertarung nyawa lahirkan zuriat abang. I can't thank you enough for all sacrifices that you've made for me." Ucap Tengku Farrel sebaik sahaja dia menghentikan ciumannya pada Adelina.  Matanya redup memandang sepasang iris biru yang bersinar-sinar milik sang isteri.

Pengorbanan Adelina bersabar dengan karenahnya, bertarung nyawa, melahirkan zuriatnya tidak dapat dibayar dengan apa-apa pun. Adelina adalah nyawanya, belahan jiwanya dan segala-gala buat dia.

"Abang bersyukur sangat abang sempat merasai pengalaman menyambut kelahiran Marteen. Macam tak percaya pula telah berjaya jadi bidan. Sayang dan anak-anak adalah nyawa abang. I love you so much, bidadari abang di dunia dan di syurga.

"I love you so much too, abang. Terima kasih juga pada abang. Abang telah jadi suami dan daddy yang terbaik buat Anggun dan anak-anak." Ucap Adelina.

Bibir suaminya terus dipagut lembut. Sedang asyik melayan perasaan, tanpa mereka sedar Raja Farida dan Tengku Rithauddeen sudah masuk ke dalam bilik wad itu.

"Astaghfirullah hal 'azim budak bertuah ni!"

Pap!

Belakang badan Tengku Farrel ditepuk dengan kuat. Tengku Farrel dan Adelina terus menghentikan ciuman. Dengan riak dan rasa terkejut, mereka terus berkalih pandang ke arah Raja Farida yang sedang bercekak pinggang itu.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now