Farrel & Anggun |61

20.8K 660 26
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

Hari ini, genaplah ke 26 tahun kematian almarhumah Miranda Aishah Binti Abdullah, ibu kandung kepada Anggun Adelina.

Tengku Farrel tidak masuk ke pejabat hari ini kerana dia ingin menemani isterinya menziarahi kubur arwah ibu mertuanya, Miranda Aishah. Setibanya di sana, sudah kelihatan sebuah kereta Mercedes Maybach S-Class berwarna hitam metalik, kereta Dato' Sri Firdaus yang terparkir dibahu jalan.

Adelina hanya memandang sepi ke arah tanah perkuburan itu. Ini kali pertama dia berjumpa dengan ibu kandungnya. Sayangnya dia hanya mampu melihat kubur dan bukanlah jasad ibunya. Matanya dengan tiba-tiba berair. Dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini.

"Sayang, kita dah sampai ni." Kekura tangan Adelina disentuh lembut oleh Tengku Farrel. Adelina terus menoleh ke arah suaminya dengan mata yang berkaca-kaca.

"Abang."

"Abang ada dengan sayang ni. I love so much, sayang."

"I love you too,abang." Adelina tersenyum nipis kepada suaminya.

Tengku Farrel turun terlebih dahulu bersama payung ditangan. Cuaca hari ini agak panas terik memancar. Sungguh terasa pedih apabila bahang sinarannya terkena dikulit. Pintu kereta dikuak perlahan-lahan, lalu tangannya menggamit tangan sang isteri.

"Sayang dah ready?" Soal Tengku Farrel. Tangannya naik ke kepala Adelina untuk membetulkan shawl yang sedang melilit di kepala isterinya.

"Okay lagi cantik isteri abang ni. Jom!" Dahi licin Adelina dicium sekilas.

Adelina hanya sekadar mengangguk. Rasa sebak mula menghurungi dirinya.

Tangan kekar Tengku Farrel mula bersatu dengan tangan halus Adelina. Perlahan-lahan mereka berdua melangkah masuk ke tanah perkuburan itu.

Kelihatan Dato'Sri Firdaus sedang melambai-lambai dari jauh. Dia sudah menunggu disitu, dipusara bekas arwah isterinya.

Setibanya mereka di tempat Dato'Sri Firdaus sedang berdiri, mereka bersalaman terlebih dahulu dengan Dato'Sri Firdaus.

"Anak papa sihat?"

"Alhamdulillah. Papa?"

"Alhamdulillah, menantu papa sihat?"

"Alhamdulillah pa."

Dato' Sri Firdaus terus merangkul pinggang anaknya mendekat ke arah pusara yang sedang berada di hadapan mereka.

"Anggun, Farrel. Inilah kubur arwah mama."

Pusara yang dihiasi dengan kepok dan nisan yang diperbuat dari batu marmar. Di atas pusara itu juga ada dua jenis tanaman yang berbunga kecil berwarna putih. Merimbun daun dan lebat bunganya. MashaAllah!

"Aishah, anak dan menantu kita dah sampai ni. Mereka datang nak jumpa sayang."

Kini, air mata yang Adelina tahan dari tadi mula merembes keluar dari tubir mata. Perlahan-lahan dia duduk di bangku simen yang berada di tepi kubur arwah mamanya.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now