Farrel & Anggun|56

21.6K 722 24
                                    

"Eeeee menantu mummy. Makin cantiklah. Patutlah si Farrel makin biul sekarang ni. Angau dekat you dear." Dalam pujiannya masih sempat dia memerli Tengku Farrel. Badan Adelina kembali dipeluk. Sayangnya dekat menantunya itu.

"Farrel layan Anggun dengan baik tak? Kalau dia sakitkan hati Anggun, Anggun bagitahu je mummy. Biar mummy belasah dia." Pipi Adelina dicium penuh kasih. Adelina hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah rezeki dia kerana mendapat keluarga mertua yang sebaik ini.

"My, bagi chance la pulak untuk Isya peluk kak long." Dari tadi lagi Raja Farida tidak berhenti memeluk menantu kesayangannya itu. Bagilah peluang untuk dia bermanja pula dengan kakak iparnya.

"Ish sibuklah you ni." Raja Farida meleraikan pelukannya. Kini tiba giliran Tengku Farisya pula memeluk kakak iparnya.

"Kak long, Isya rindu kak long."

"Kak long pun rindu Isya."

"Abang? Sayang tak rindu abang ke?" Celah Tengku Farrel. Eh tiber! Nak juga dia tu! Adelina hanya buat tidak tahu.

"Mengadalah along!" Selar Tengku Farisya. Tengku Farrel ni boleh tahan mengadanya sekarang ini. Makin menjadi-jadi sejak ada bini sekarang ini.

"Eh biarlah. She's my wife."

"Enough both of you. Kan dua-dua mummy debik!" Peninglah kepala Raja Farida menghadap anaknya yang dua orang ini. Pantang jumpa mesti bertekak. Yang sulungnya suka mengusik. Yang kedua pula suka buat hal sendiri. Si bongsunya pula suka merajuk. Haaa huru hara jiwanya.

"My, you don't want to hug me?" Soal Tengku Farrel sambil mendepakan tangannya, menanti untuk dipeluk. Begitulah nasibnya. Sejak Anggun masuk ke dalam keluarganya, dia sudah dianak tirikan. Tapi dia tidak berkecil hati sedikit pun kerana dia bahagia Anggun mendapat kasih sayang yang selayaknya.

"Ish sibuklah you. Nak jugak!"

Tengku Farrel mencemikkan bibirnya.

"Boo along boo. Mummy dah tak sayang along." Ejek Tengku Farisya. Sempat dia menjelirkan lidah ke arah abangnya itu. Tengku Farrel mengerling tajam ke arah adiknya itu.

"Okay fine. Tak apalah along balik." Kata Tengku Farrel. Berpura-pura berkecil hati.

"Alah merajuk anak sulung mummy ni. Meh sini." Badan tegap Tengku Farrel dirangkul erat. Tengku Farrel membalas pelukan ibunya. Diangkat sedikit badan ibunya dan dia bergoyang ke ke kiri dan ke kanan sambil kedua-duanya tertawa.

Tertunas senyuman di bibir Adelina melihat cara Tengku Farrel melayani syurganya. Bonda Safura pernah berpesan padanya, carilah calon suami yang hormat pada ibunya, yang melayani ibunya dengan baik. Nescaya dia juga akan menghormati dan melayani isterinya dengan baik.

Apabila pandangan mata mereka bersabung, Tengku Farrel terus mengenyitkan matanya ke arah Adelina. Cepat-cepat Adelina alihkan pandangannya ke arah lain. Walaupun usia perkahwinan mereka hampir sebulan, rasa malu masih menebal di dalam jiwa Adelina.

"Okay jom kita ke taman. BBQ is ready."

Pinggang ramping Adelina dirangkul erat oleh Raja Farida. Mereka semua mengatur langkah ke taman yang bersebelahan dengan kolam renang.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora