Farrel & Anggun |30

22.4K 680 17
                                    

"Doctor, how is he?" Soal Adelina sebaik sahaja doktor yang merawat lelaki itu keluar dari bilik wad yang menempatkan lelaki itu.

"Cik anak dia ke?" Soal doktor itu kembali pada Adelina.

"Bukan, saya yang bawa dia tadi ke sini." Balas Adelina dengan nada cemas.

"Oh I see. Ada keluarga terdekat dia ke dekat sini? Saya ada hal penting yang perlu diberitahu pada keluarganya." Ujar doktor itu sambil matanya memandang wajah Adelina dan Megat Aaron silih berganti disitu.

"Boleh ke cik tolong hubungi keluarga dia?" Soal doktor itu lagi. Buat seketika Adelina terdiam. Dia tidak tahu harus menjawab apa pada soalan-soalan doktor itu.

'Ah sudah, macam mana aku nak hubungi keluarga lelaki itu?'

Otaknya ligat memikirkan jalan untuk menghubungi keluarga terdekat lelaki itu.Pada masa itulah Adelina teringat akan telefon pintar lelaki itu di dalam tas tangannya, yang sempat dia ambil ketika telefon itu terjatuh di lantai tadi. Mungkin dia boleh menelefon salah seorang kenalannya untuk mendapatkan pertolongan.

Adelina mengeluarkan telefon pintar lelaki itu dari tas tangannya. Sayangnya, telefon pintar itu memerlukan kata laluan. Terus dia menekan bahagian 'emergency' yang berada di sudut bawah skrin telefon pintar itu dan seterusnya ke bahagian '*medical ID'.

Di bahagian itu, tertera lah beberapa nombor kenalan di bahagian 'emergency contacts. Terus salah satu nombor disitu didail.

tut..tut

"Hello... Assalamualaikum, Daus." Kendengaran suara seorang lelaki dihujung talian.

"Waalaikummussalam, Encik. Maaf menganggu, encik. Encik ni rakan atau keluarga kepada Encik Firdaus ke?" Soal Adelina dalam satu nafas.

"Ye saya. Saya rakan baik kepada Firdaus. Ni siapa?" Soal lelaki itu di hujung talian.

"Saya Anggun Adelina. Saya ingin maklumkan pada Encik, Encik Firdaus sekarang berada di hospital. Tadi dia pengsan, terus saya call ambulans, dan dia sekarang di rawat di Prince Court Hospital."

"Allahuakbar! Baik saya datang sekarang. Terima kasih Cik  Anggun Adelina."

"Sama-sama encik."

"Sayang, jom lah balik. Dah settle kan?" Megat Aaron yang berada di sebelahnya mulai bersuara. Adelina mengerling sekilas pada Megat Aaron.

"Awak nak balik, awak balik dulu. Saya tunggu rakan lelaki tu datang dulu. Lagipun saya nak serahkan telefon pintar ni sekali dekat rakan dia." Wallpaper yang menghiasi skrin kekunci telefon pintar itu ditatap. Gambar lelaki itu.Di hatinya timbul satu perasaan aneh yang sukar ditafsirkan. Matanya ralit menatap gambar lelaki itu.

"Sayang, jangan susahkan diri awak. Lagipun he's nobody to you. You've done your part already. Awak penat kan tadi? Jom balik dulu." Kekura tangan Adelina disentuh lembut oleh Megat Aaron. Adelina nmenoleh ke arah Megat Aaron yang berada di sebelahnya.

"It's okay, Aaron. Awak baliklah dulu. Nanti saya suruh Sara datang ambil saya. Saya nak stay sini dulu. Don't worry about me." Bibirnya mengukir senyuman nipis kepada Megat Aaron.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now