Farrel & Anggun |57

21.7K 670 58
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

"Kau nak buat apa dekat isteri aku?" Rambut Rania Delisha ditarik dengan kasar. Wanita itu sudah terdongak ke belakang sambil menjerit kesakitan. Bagaikan mahu tercabut saja kulit kepala Rania ketika itu. Amarah Tengku Farrel kian memuncak. Mahu saja dia koyakkan muka betina rambut karat ini.

"Let her go!" Tempik Puan Maimun. Dia merentap tangan kekar yang sedang menggenggam rambut menantunya itu. Terus saja badannya ditolak hingga terdorong ke belakang.

"Arghh sakit! Ibu tolong Rania. Sakit!" Rengek Rania.

Tertunas senyuman sinis dibibir Tengku Farrel. Momen yang paling dia suka! Dia suka melihat musuhnya menggelupur kesakitan. Dan sekarang ini Rania secara officially akan menjadi musuhnya kerana dia telah berani mengganggu isteri kesayangannya.

Kini, semua orang awam yang ada disitu mengerumuni mereka. Ada beberapa orang individu yang sedang ralit merakam. Tengku Farrel menghantar isyarat melalui pandangan mata agar anak buahnya merampas telefon individu-individu tersebut.

"Berani kau nak simbah air panas dekat isteri aku? Apa salah isteri aku dekat kau? " Tengking Tengku Farrel. Rambut Rania masih tidak dilepaskan olehnya.

"Perempuan ini yang mulakan dulu." Tuduh Puan Maimun sambil jarinya ditudingkan ke arah Adelina. Kejap! Apa yang Adelina buat sebenarnya? Ini fitnah!

Adelina menggeleng laju. Tangannya tergawang-gawang. Matanya juga sudah berkaca.

"Tak abang, Anggun tak buat apa-apa." Dia tidak ingin suaminya mempercayai kata-kata Puan Maimun.

"Dasar lelaki dayus. Berani you berkasar dengan perempuan!" Jerit Puan Maimun?

Lelaki dayus ye? Biar dia tunjukkan perangai sebenar dirinya sebagai lelaki dayus.

"Aku kalau boleh, aku tak nak berkasar dengan perempuan dan aku tak nak kurang ajar dengan perempuan tua macam kau ni. Tapi sebab kau orang dah berani nak sentuh isteri aku, so secara tidak langsung kau orang juga sedang cari pasal dengan aku."

"Make up tebal di muka kau orang ni pun tak mampu nak tutup muka busuk kau orang tu. So, jangan nak fitnah isteri aku sebab luar dan dalam isteri aku, aku yang lebih kenal dia! " Selar Tengku Farrel pada Puan Maimun. Matanya mencerlung tajam. Terkedu Puan Maimun buat seketika.

"Kurang ajar! Jaga sikit bahasa you!" Bidas Puan Maimun.

"Why should I? Malaun macam kau orang berdua ni tak layak untuk dihormati."

"Dia ni anak buangan yang tak sedar diri. You tu yang bodoh sebab pilih betina macam ni jadi wife you."

Tengku Farrel menyeringai garang. Matanya sudah bertukar merah. Rania dilepaskan dengan serta-merta bahkan siap ditolak lagi si Rania. Gadis itu terdorong ke arah salah satu rak. Habis barang berterabur ke lantai. Malu pun dapat! Sakit pun dapat.

Perlahan-lahan Tengku Farrel mara ke arah Puan Maimun. Dia melangkah dalam tempo yang cukup perlahan. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now