Farrel & Anggun|9

20.6K 630 23
                                    

Tengku Farrel melangkah masuk ke mansion milik bapanya yang tersergam indah. Hari ini dia dipaksa balik ke rumah ini oleh mummy-nya. Dua hari lepas, mummy-nya merajuk sakan dengan dia kerana dia sudah lama tidak pulang ke rumah itu. Jenuh la dia memujuk syurganya itu.

Sejak pulang dari London, baru sekali sahaja Tengku Farrel sempat pulang ke rumah ibu bapanya. Itupun, dia tidak menginap disitu. Tengku Farrel lebih selesa tinggal sendirian. Inginkan privasi katanya. Sebenarnya lagi senang dia nak angkut perempuan balik.

Lampu di ruang tamu masih terpasang. Terdengar jelas suara gelak ketawa di ruang tamu, lalu langkahnya terarah ke situ.

"Assalamualaikum,Tuan muda." Seorang pembantu rumah menyapanya dengan penuh hormat. Tengku Farrel hanya sekadar mengangguk, tiada minat untuk menjawab salam itu langsung.

Dia menghulurkan blazer dan beg kerja kepada bibik itu terlebih dahulu sebelum dia melangkah ke arah adik-adiknya yang sedang ralit menonton TV.

Satu ciuman singgah di puncak kepala adik bongsunya Tengku Farisya. Gadis itu tersentak seketika.

"Along! Terkejut adik." Dia menampar lembut bahu alongnya itu. Badan tegap alongnya itu dipeluk erat. Rindunya dia kepada alongnya itu. Macam dah bertahun pula tak bersua, walhal baru minggu lepas mereka berjumpa. Along dia ini selalu sibuk. Macam chipsmore pun ada, sekejap ada sekejap tak ada. Haish!

Serentak itu, Tengku Fahrin, adik lelaki kepada Tengku Farrel, turut juga bangun memeluk alongnya itu. 

"Along, lamanya tak balik sini. Mummy selalu bising." bebel Tengku Fahrin.

"Baru seminggu Along tak balik. Dah lama ke? Mummy mana? Daddy?" soal Tengku Farrel.

"Mummy ada dekat dapur. Daddy ada dekat bilik bacaan."

"And you tak tolong mummy masak ke?" Soalan cepumas ditujukan kepada Tengku Farisya yang sedang bersenang-lenang menonton TV. Amboi pemalasnya anak perempuan ni.

"Hehe, adik tak pandai masak. Nanti mummy bising kalau adik ada dekat dapur." Ujarnya bersama sengihan yang menampakkan barisan gigi yang cantik. Ada je alasan. Kalau malas cakap malas!

"Then, belajar masak. You dah besar panjang. Tolong mummy. Nak kahwin macam mana nanti? " Tuturnya dengan nada serius. Tengku Farisya hanya mampu mengangguk. Tidak berani untuk menjawab jika along dah bersuara. 

Malas melayan adiknya itu, Tengku Farrel terus bingkas bangun dan menuju ke dapur untuk berjumpa dengan syurganya.

Kehadirannya di dapur itu langsung tidak disedari oleh Raja Farida yang begitu khusyuk menyediakan juadah makanan. Batang tubuh syurganya itu dipeluk erat dari arah belakang.

"Oh my god!" Terjerit kecil Raja Farida kerana terkejut. Spatula kayu ditangannya terpelanting, hampir jatuh ke lantai. Namun, dengan pantas bibik datang menyambutnya. 'Wah, superwoman kah ini? Haha. Sisi kepala Raja Farida dicium bertubi-tubi.

"Mummy masak apa? It smells good." Tengku Farrel mengintai sedikit apa yang ada di dalam periuk itu.

"Farrel, you ni nak matikan mummy ke?" Dia mencubit lengan anak sulungnya itu. Dasar bertuah! dada yang sedikit berombak kerana terkejut diusap beberapa kali. Raja Farida memusingkan badan untuk menatap wajah tampan anak sulungnya itu.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now