"Ibu, Aaron nak kahwin. Boleh tak? " Puan Maimun yang sedang menghirup teh panas itu tersedak secara tiba-tiba. Anak dia sekarang ni sedang buat lawak ke pagi-pagi ni?
Aaron segera menarik tisu dari kotak tisu yang berada di atas meja dan menyapu sisa-sisa air teh yang terkena pada pakaian dan tangan ibunya itu.
"Ibu okay ke?" Soal Aaron kepada Puan Maimun. Melihat keadaan Ibunya itu yang masih terbatuk-batuk, membuatkan hatinya terpalit rasa risau.
"A-a-aron s-s-serious ke ni?" Tergagap-gagap Puan Maimun untuk menghabiskan ayatnya. Rongga hidungnya terasa amat pedih dek kerana tersedak air panas itu.
Terkejut dengan kenyataan yang terpacul dari mulut anak tunggalnya itu. Nasib dia tak ada sakit jantung, kalau tak dah arwah dibuatnya.
"Betul la ibu.I'm not kidding." Dia menggenggam tangan ibunya. Matanya kini membalas pandangan ibunya yang jelas terpamir reaksi terkejut.
Dia sudah tekad untuk memperisterikan Adelina secepat yang mungkin. Adelina harus segera menjadi miliknya.
"Okay Ibu ada calon yang tepat untuk Aaron." Ujar Puan Maimun dengan rasa teruja. Bersinar-sinar anak matanya kini. Dia sudah ada calon isteri yang sesuai untuk anaknya itu.
Muka Aaron kini berubah. Dia tidak mahukan perempuan lain, hanya Adelina yang dia ingin jadikan sebagai isteri.
"No ibu, Aaron hanya akan bernikah dengan gadis yang Aaron cintai." Nadanya kini bertukar tegas. Puan Maimun yang baru sahaja ingin menyuapkan mi goreng ke mulutnya kini meletakkan kembali sudu itu ke pinggan.
Dia menoleh ke arah Megat Aaron. Lagi sekali dia terkejut. Buat pertama kalinya, Megat Aaron seperti ingin melawannya. Belum pernah anaknya ini berani membantah.
"Who is she?" Nada suaranya cuba dikawal sebaik mungkin. Padahal ketika itu, ingin saja dia menengking anaknya itu. Puan maimun cuba menyembunyikan reaksi tidak puas hati dengan keputusan anaknya itu.
"Anggun Adelina Binti Firdaus Shah" tutur Megat Aaron dalam satu nafas. Hanya nama itu yang dia akan sebut sewaktu akad nikah nanti. Dia menunjukkan gambar Adelina yang berada di dalam galeri telefon pintarnya kepada Puan Maimun.
'cantik tapi...'
"Nanti bawa jumpa ibu. Makanlah, nanti lambat nak ke pejabat." Puan Maimun tersenyum sinis. Hanya dirinya yang mengerti akan maksud tersirat di sebalik senyuman itu.
"Tengku, ada nak singgah mana-mana dulu ke?" Soal Mike, bodyguard Tengku Farrel.
"Singgah office Tengku Mikail sekejap." Arah Tengku Farrel. Matanya tunak ke arah skrin telefon bimbit ditangannya itu. Dia baru sahaja tiba di Malaysia dari London. Semuanya kelihatan sudah berubah disini termasuklah dirinya.
YOU ARE READING
Tengku Farrel's Dark Obsession (C)
RomanceA Beautiful love story between: TENGKU FARREL FAHREZZI ♥️ ANGGUN ADELINA Anggun Adelina merupakan cinta pertama Tengku Farrel Fahrezzi. Berpisah bertahun lamanya namun takdir telah mempertemukan mereka berdua semula. Ikuti perjalanan Tengku Farrel F...