Farrel & Anggun |37

20.9K 672 31
                                    

Tengku Farrel tidak dapat lagi memberi perhatian dan tumpuan kepada meeting. Semangatnya sudah jauh terbang melayang. Ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya, membuatkan dia tidak dapat fokus.

Tangannya terkepal-kepal. Rahangnya terketap-ketap. Dia sudah tidak boleh sabar lagi.

"Excuse me. Teruskan meeting. I kena keluar dulu. I ada urgent matter." Pintanya kepada beberapa ahli lembaga pengarah yang ada didalam meeting tersebut. Tidak betah lagi untuk terus berada dalam perasaan gundah-gulana seperti itu.

Ahli-ahli lembaga pengarah tersebut hanya sekadar mengangguk. Al-maklumlah Tengku Farrel mempunyai peratusan saham terbesar di dalam syarikat. Jadi semua perlu akur padanya.

Tangannya mencapai iPad dan iPhone yang berada di atas meja, lalu dia bingkas bangun dari kerusinya. Dengan laju, kakinya melangkah keluar. Blazer di badan dibutangkan. Butang kemeja yang teratas ditanggalkan. Terasa bahang sekarang ini.

"Mike, dah jumpa ke location Anggun?"

"Dia ada di Masjid Putra,Putrajaya sekarang ni Tengku."

Tersungging senyuman sinis di bibirnya. Dia sudah tahu kenapa Adelina ke sana pada hari ini. Hari ini adalah hari pernikahan Megat Aaron.

"Okay terus ke sana sekarang!" Arahnya pada Mike. Pintu kereta di ruangan belakang tempat penumpang Range Rover Autobiography itu dibuka oleh Mike, lalu terus Tengku Farrel membolos masuk ke dalam perut kereta.

Setelah itu kereta itu meluncur laju ke destinasi yang dituju. Terdapat dua lagi kereta Mercedez Benz G-Class berwarna hitam yang berada di belakang mengiringi perjalanannya ke sana.

"Anggun... Anggun... Kau memang sengaja cabar aku kan? Suka sangat buat aku risau macam ni." Tuturnya sambil menyeringai garang. Rahangnya terketap-ketap.

Setibanya disana, kaca mata hitam yang sedikit melorot ke bawah dinaikkan. Rambutnya dikuak ke belakang. Lalu, dia keluar dari perut kereta tersebut. Pandangannya meliar ke sana sini, mencari kelibat Anggun Adelina.

Dari jauh, dia sudah nampak Adelina yang melangkah lemah. Wajah gadis itu kelihatan sungguh sugul. Adelina masih lagi tidak perasan akan Tengku Farrel yang sedang berdiri, bersandar dipintu keretanya sambil tangan disilang ke dada.

"Akhirnya I jumpa jugak you kat sini." Suara garaunya menerjah pupuk pendengaran Adelina dengan tiba-tiba. Tersentak Adelina buat seketika. Lalu dia mengangkat wajahnya.

Zap!

Pandangannya bersabung dengan pandangan berapi dan tajam Tengku Farrel. Dia menelan liurnya yang terasa kesat itu. Jantungnya sudah berdenyut laju. Matilah dia kali ini. Dia diam tidak berkutik di situ. Kakinya seolah-olah sudah terpasak ke bumi.

"Suka buat orang risau ye? " Soal Tengku Farrel. Nada suaranya masih dikawal dari terus menengking Adelina. Namun soalan yang diajukan itu sudah mampu membuatkan Adelina gementar.

Adelina menunduk ke bawah. Dia hanya diamkan diri di situ. Tengku Farrel mara ke arahnya dengan perlahan-lahan.

"I tanya ni, suka buat orang risau ye? Keluar rumah senyap-senyap tanpa inform I?" Dagu Adelina ditolak mendongak ke atas dengan jarinya. Mata gadis itu begitu sembab. Sahlah Adelina baru sahaja menangis teruk.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now