Jam sudah menginjak ke angka 8.30 pagi. Adelina masih lagi bermalas-malasan di atas katilnya. Entah kenapa hari ini dia liat betul untuk bangun,mungkin disebabkan hari ini hari Sabtu, hari cuti. Jadi biarlah dia menikmati indahnya hari Sabtu ini. Dah la hujan diluar sana. Fuh memang terbaik la untuk terus meringkuk di bawah selimut.
Adelina merancang untuk sambung tidur. Baru sahaja ingin lena, telefon pintar yang berada di sebelahnya berdering rancak, menandakan ada panggilan masuk. Nama 'firaun' tertera di skrin telefon pintarnya. Dia biarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab.
"Kau nak apa la setan ganggu aku pagi-pagi ni."
Dia mencapai bantal yang berada disisi badannya lalu ditekup dimuka. Panggilan pertama tidak berjawab, kini panggilan kedua pula masuk, dan dibiarkan juga tidak berjawab. Panggilan ketiga pula masuk. Nampaknya keazaman manusia bernama Tengku Farrel ni begitu tinggi ya.
Ting! Notifikasi whatsapp masuk.
Adelina mendengus geram. Bantal yang ditekup di telinga dihempas ke tepi. Marahnya makin memuncak apabila tidur yang didambakan itu sering kali menerima pelbagai halangan demi halangan.
Nombor Tengku Farrel itu sudah disekat olehnya namun Tengku Farrel sudah memberi amaran supaya nombornya di 'unblock', kalau tak dia perlu tunggulah nasibnya. Terus nombor Tengku Farrel di 'unblock', dan hasilnya pagi-pagi manusia tidak faham bahasa ini mengganggunya.
Adelina mencapai telefon pintarnya dan dia menatal skrin telefon pintarnya itu. Mata yang kuyu dan terbuka kecil disebabkan mengantuk itu secara automatik terbuka luas kini. Dia membaca pesanan yang baru dihantar oleh Tengku Farrel itu.
"Better you jawab call I Baby, kalau tak in 15 minutes I'll be laying next to you, on your bed. Don't you ever dare to test my patience!"
Baru sahaja dia ingin membalas pesanan itu, masuk panggilan dari Tengku Farrel. Terpaksalah dia mengangkat panggilan tersebut.
"Hello." Dengan nada penuh dingin.
"Morning, baby." Surau garau yang kedengaran begitu lunak menerjah dipupuk pendengaran Adelina.
"Tengah buat apa tu sampai panggilan I, you tak nak jawab? Kena ugut dulu, baru nak jawab ye?" Soal Tengku Farrel bertalu-talu.
"Saya ni masih nak tidur lagi tapi tak tahulah ada je yang jenis tak bertamadun suka ganggu weekend saya ni."
Spontan Tengku Farrel terkekek-kekek ketawa dihujung talian. Lawak ke? Tak lawak ye Tengku Farrel.
"I miss you baby. I kat gym ni. Tengah mantapkan badan dan performance untuk bakal isteri I ni."
Terpinga-pinga Adelina dibuatnya. Motif apa call dia untuk bagitahu tentang ini? Hergh!
"Saya tak tanya pun, Tengku. Tengku bagitahulah bakal isteri Tengku. Bagitahu saya buat apa." Bidasnya dengan rasa geram. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sekali lagi meletus ketawa Tengku Farrel dihujung talian.
"Youlah bakal isteri I. Tu yang I bagitahu you." Suka betul Tengku Farrel mengusik Adelina. Kalau depan-depan mesti wajah cantik itu sudah bertukar warna. Macam tomato!
BINABASA MO ANG
Tengku Farrel's Dark Obsession (C)
RomanceA Beautiful love story between: TENGKU FARREL FAHREZZI ♥️ ANGGUN ADELINA Anggun Adelina merupakan cinta pertama Tengku Farrel Fahrezzi. Berpisah bertahun lamanya namun takdir telah mempertemukan mereka berdua semula. Ikuti perjalanan Tengku Farrel F...