Farrel & Anggun |47

25K 753 18
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

"Dah give up ke sayang?"

Gulp!

Terperanjat sakan Adelina. Jantungnya sudah mulai berdegup dua kali ganda lebih cepat dari degupan normal. Dia terasa seperti ingin pengsan disitu juga.

"Abang tanya ni, dah give up ke?" Bisik Tengku Farrel ditelinga Adelina. Dicium telinga Adelina setelah itu sehingga membuatkan bulu roma Adelina secara automatik menegak. Tadi dia lihat Tengku Farrel masih lena di atas katil, tup tup sudah berada di belakangnya. Magik!

Tengku Farrel memusingkan badan Adelina supaya menghadapnya. Sudah pucat lesi muka isterinya itu. Takut nampaknya! Kalau tak buat salah kenapa perlu takut sebegini. Adelina menundukkan pandangannya ke bawah. Jari jemari halusnya disilangkan antara satu sama lain.

Tengku Farrel meletakkan kedua belah tangan didinding, mengepung Adelina. 

"Nak pergi mana ni?" Suara garau itu kedengaran sedikit tegas. Mata helangnya mencerlung tajam.

"Nak t-tu-turun bawah minum air." Bohong Adelina. Perlahan saja suaranya. Dengar tak dengar saja suaranya. Bibirnya sedikit bergetar.

"Air dah ada kat night stand tu, sayang. Abang dah letak satu jug kat situ. Cuba cakap dengan abang, nak pergi mana?" Dia mencengkam lembut rahang isterinya sebelum wajah itu didongak supaya memandangnya. Dia tahu niat isterinya itu. Nak tidur bilik lain la tu.

"Saya nak hirup udara segar jap. Saja nak jalan-jalan tengok rumah awak ni. " Kelentong Adelina lagi. Adelina tersenyum hambar. Setelah itu dia kembali menjatuhkan pandangannya ke lantai. Dia kalah dengan renungan tajam Tengku Farrel itu.Bibir bawahnya digigit tanda resah.

"Pembetulan! Rumah kita. Balkoni dalam bilik kita kan ada. Hirup je la udara segar kat situ. Tapi kan....abang rasa sayang ada agenda lain ni?" Matanya dipicingkan. Wajah pucat isterinya ditenung tajam. Kali ini, Tengku Farrel mendekatkan wajahnya ke wajah Adelina. Terasa deruan nafas laju menampar lembut wajahnya. Nafas yang berbaur resah pastinya.

Adelina melihat dengan ekor mata ke kiri dan ke kanannya. Cuba untuk mencari jalan untuk melarikan diri dari kepungan Tengku Farrel itu. Berada sedekat itu dengan Tengku Farrel selalu meresahkan jiwanya sehingga membuatkan dia sukar bernafas dengan normal.

"Apa yang sayang cuba nak lakukan sekarang ini?" Ditolak dagu Adelina dengan jarinya.

"Tak ada apa-apalah." Laju sahaja Adelina menjawab dalam satu nafas. Jiwanya bergelodak resah.

"Ye ke ni?" Soal Tengku Farrel. Matanya dipicingkan. Wajahnya makin didekatkan sehingga puncak hidung mereka berdua bersentuhan.

"Farrel, j-ja-jauh la sikit. Tak selesalah!" Adelina cuba menolak dada bidang Tengku Farrel namun jarak yang begitu dekat menyukarkan pergerakannya. Kepalanya sudah merapat ke dinding. Tiada ruang lagi untuk menjarakkan diri. Dia sudah berdebar sakan.

Tidak menunggu lama, Tengku Farrel terus mencempung badan Adelina dan dibawa ke katil. Dibaringkan Adelina perlahan-lahan diatas tilam empuk itu sebelum dia naik menindih badan Adelina.

"Tidur sini! Jangan nak mimpi nak tidur bilik lain. Pejam mata. Tidur sekarang!" Arahnya tegas. Mukanya sengaja diseriuskan.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt