Farrel & Anggun |74

21.4K 731 110
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha 😂

Jarum jam sudah berganjak ke angka 9 malam. Adelina masih belum terasa untuk pulang ke rumah. Kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh Tengku Farrel pada anak didalam kandungannya masih segar terngiang-ngiang di telinga.

Sebelum ini dia masih lagi boleh bertahan atas cacian dan hinaan Tengku Farrel padanya. Tapi tidak pada kali ini, hatinya sudah berkecai sakan.

Tepat jarum jam menginjak ke angka 7 malam tadi, dia terus membawa diri ke masjid. Tidak tahu ke mana lagi yang harus ditujunya. Hanya rumah Allah tempat dia berlindung buat seketika. Rasa tenang sedikit bercambah di hati apabila dapat mengadu dan meluahkan rasa pada Allah yang satu.

Usai solat Isyak, Adelina terus melangkah keluar dari masjid. Mungkin selepas ini dia akan check-in di mana-mana hotel yang berdekatan. Tiada guna lagi untuk dia pulang ke mansion. Mansion itu ibarat neraka baginya tatkala ini.

Orang ramai sudah mula berpusu-pusu keluar dari perkarangan masjid. Sesak lalu lintas dihadapan masjid itu buat seketika.

Dia sudah menempah Grab untuk ke destinasi yang seterusnya. Oleh itu, dia memutuskan untuk berjalan kaki ke perhentian bas yang berdekatan. Risau jika pemandu Grab gagal menemui dirinya dalam keadaan lalu lintas yang agak sesak itu.

Bateri telefon pintarnya hanya tinggal sebanyak 2 peratus. Bila-bila masa saja telefon pintarnya akan mati. Diharapkan sempatlah pemandu Grab itu tiba.

Perhentian bas itu berjarak hanya 350 meter dari perkarangan masjid. Kawasan yang agak sunyi dan tidak banyak kereta yang lalu-lalang disitu.

Matanya kembali tertancap pada telefon pintar. Aplikasi Grab dibuka untuk memeriksa keberadaan pemandu Grab ketika ini. Lagi seminit mungkin pemandu Grab itu akan tiba. Adelina menghela nafas lega.

Sedang sabar menunggu disitu, tidak semena-mena ada sebuah kereta Alphard berwarna hitam dan ber-tinted gelap berhenti tepat-tepat dihadapannya. Alphard itu brek secara mengejut sehingga mengeluarkan bunyi decitan tayar.

Beberapa orang lelaki yang bertopeng hitam turun dari kereta itu dan mara ke arah Adelina. Mulut Adelina terus ditekap dengan kain yang sudah mengandungi cecair klorofom. Adelina cuba untuk meronta namun tidak sampai lima minit akhirnya dia terkulai pengsan.

Habis berselerakan barang-barang didalam tas tangannya jatuh ke lantai. Adelina terus dibawa masuk ke dalam kereta Alphard itu sebelum kereta itu meluncur laju ke destinasi yang dituju.

 Adelina terus dibawa masuk ke dalam kereta Alphard itu sebelum kereta itu meluncur laju ke destinasi yang dituju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now