Farrel & Anggun |39

24K 718 64
                                    

"Dato' Sri Firdaus busy ke sekarang?" Tanya Tengku Farrel pada setiausaha Dato'Firdaus.

"Dato' Sri baru habis meeting. Tengku ada set appointment dengan Dato' Sri?" Tanya setiausaha tersebut.

"Nope. Tapi I nak jumpa dia." Kata Tengku Farrel. Kebetulan dia ada meeting berdekatan dengan syarikat FM Groups milik Dato' Sri Firdaus hari ini. Selesai saja meeting, dia terus singgah ke sini. Ada hal penting yang perlu dibincangkan.

"Sekejap ye Tengku. Tengku boleh duduk di sofa tu dulu. " Setiausaha itu berlalu pergi ke bilik pejabat Dato' Sri Firdaus. Dia perlu meminta kebenaran majikannya dulu. Tengku Farrel melabuhkan punggung di sofa tersebut.

Telefon pintar yang berada dalam poket seluar slack nya di tarik keluar. Matanya memerhati skrin telefon yang sedang menyala itu. Gambar Adelina yang sedang ketawa menghiasi home screen telefon nya. Cantik! Sukar diungkapkan dengan kata-kata. Tangannya mengelus lembut gambar tersebut.

'I sanggup buat apa sekalipun untuk bahagiakan you baby. I nak you terus tersenyum dan ketawa seperti ini.' Monolognya.

"Tengku, silakan masuk." Pelawa setiausaha tersebut.

Telefon tersebut dimasukkan kembali dalam poket seluarnya. Tengku Farrel bingkas bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Dato' Sri Firdaus.

"Thank you." Ucap Tengku Farrel.

"Sama-sama Tengku." Pintu kembali ditutup.

"Hey my boy." Sapa Dato' Sri Firdaus. Dia bangun dari kerusinya lalu badan tegap Tengku Farrel dipeluk erat.

"Sorry uncle if I'm disturbing you right now."

"It's okay Farrel, lagipun uncle tengah free sekarang ni."

"Have a seat Farrel." Mereka melangkah menuju ke sofa.

"Ada hajat apa Farrel ke sini?" Soal Dato' Sri Firdaus sebaik sahaja mereka berdua duduk disofa.

"Farrel baru habis meeting dengan client di Grand Hyatt. So alang-alang tu Farrel singgah la sekejap. Lagipun, Farrel ada nak cakap something dengan uncle ni." Butang blazernya ditanggalkan. Jari-jemarinya ditaut antara satu sama lain. Dato' Sri Firdaus tunak memandang ke arahnya.

"Sebelum itu, Farrel nak tanya sesuatu."

"Apa Farrel?" Kening Dato' Sri Firdaus terangkat. Dahinya berkerut. Melihat kepada riak wajah Tengku Farrel, dia sudah dapat mengagak, mesti ada hal serius yang ingin dibincangkan.

"Tentang perkahwinan pertama uncle dulu, uncle  ada anak ke bersama dengan arwah isteri uncle?" Tergamam Dato' Sri Firdaus dengan soalan yang diajukan oleh Tengku Farrel. Serta-merta, wajah Dato' Sri Firdaus bertukar muram.

"I'm really sorry if my question hurts your feeling. I just want to confirm something."

Kalau boleh dia tidak ingin bertanya tentang kisah silam Uncle Daus nya itu kerana hal itu agak sensitif bagi lelaki iut, tetapi dia inginkan kepastian tentang sesuatu. Dato' Sri Firdaus menghela nafas panjang. Dia tidak tahu ingin mulakan dari mana.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now