Farrel & Anggun |18

19K 644 12
                                    

Cuaca begitu cerah pada hari ini secerah hatinya kini. Hari ini tibalah saat yang dinanti-nantikan olehnya iaitu hari berjumpa dengan bakal mak mertua. Gitchew!

Adelina  kelihatan berseri-seri dengan baju kurung moden berona biru lembut yang dipakainya. Nampak sangat ayu persis wanita melayu terakhir. Dia merapikan rambut coklat keperangan yang separas pinggang itu dengan jari-jemarinya.

Gincu bewarna merah jambu dicalit dibibir merah cerinya itu, sekadar untuk menaikkan lagi seri. Dia hanya mengenakan solekan tipis. Risau jika bakal mak mertuanya terkejut kalau dia make-up tebal, dah jadi macam opera cina nanti.

Bunyi hon kedengaran beberapa kali diluar rumah. Adelina mengintai sedikit dari balik langsir. Kelihatan kelibat Megat Aaron yang segak berkemeja biru, warna senada dengan baju kurung yang dipakainya ketika ini. Dah Megat Aaron yang beli mestilah sama dengan bajunya. Tak gitu?

Cahaya mentari yang menerpa pada wajah kuning langsat itu makin membuatkan jejaka itu kelihatan begitu tampan, dengan kaca mata hitamnya. Pergh cair!

Tas tangan yang berada di atas katil dicapai. Grill pintu rumah dibuka dan dia menyarungkan flat shoes. Jumpa bakal mak mertua tidak boleh over ye! Haha

"Sayang..." Meleret manja nada Megat Aaron apabila melihat kekasih hatinya itu. Tergamam dia buat seketika.

"I'm speechless. Cantiknya sayang saya ni." Pipi mulus Adelina diusap dengan penuh kasih sayang.

"Okay tak penampilan saya hari ini?" Soalnya lagi inginkan kepastian. Rentak didadanya sudah tidak stabil.

"Lebih dari okay sayang. Ibu mesti suka bila dia tengok awak. Jangan risau okay." Kekura tangan Adelina dicium sekilas.

"Jom.." Lalu Adelina melangkah ke arah tempat duduk penumpang.

Kereta Range Rover Evoque itu meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah agam yang tersergam indah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta Range Rover Evoque itu meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah agam yang tersergam indah itu. 

Adelina sudah berpeluh. Telapak tangannya sudah mula merembeskan peluh. Sekarang darah gemuruhnya sudah menyerbu. Degup jantungnya usah dikata, memang boleh capai top speed 140km/h.

Pintu di sebelah penumpang dibuka oleh Megat Aaron apabila dia rasakan Adelina sudah menjadi patung cendana disitu.

"Sayang?" Masih lagi tiada sahutan dari Adelina. Mata yang berwarna biru itu tunak memandang ke arah rumahnya.

"Sayang?" Suaranya dikuatkan sedikit sekali dengan pakej memegang wajah cantik Adelina. Tersentak gadis itu dibuatnya.

"Sayang, dah berpeluh-peluh dah ni." Lalu dia menarik beberapa helai tisu di dalam compartment dibawah arm rest, renik-renik peluh yang sudah merembes keluar di dahi Adelina dilap dengan penuh teliti.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now