Farrel & Anggun |24

18.1K 635 36
                                    

"Firdaus." Panggil Raja Rithauddeen yang baru sahaja menapak turun. Dia meluru ke arah tetamu itu lalu batang tubuh lelaki itu dipeluk erat. Dato' Sri Firdaus Shah, sahabat karibnya yang sama-sama menempa nama dalam dunia perniagaan sehingga turut tersenarai dalam 20 usahawan terkaya di Malaysia.

"Lamanya tak jumpa kau. Ingatkan dah tak nak balik Malaysia." Tengku Rithauddeen menepuk-nepuk belakang badan sahabatnya itu. Sudah berpuluh-puluh tahun sahabat karibnya itu berhijrah ke Kanada. Pertemuan yang lalu mereka adalah di kota London ketika mereka berdua menghadiri undangan business conference disana.

"Ni kau balik seorang je ke? Anak tiri dengan wife kau tak balik?" Soal Tengku Rithauddeen sambil matanya melilau ke arah luar pintu.

"Aku balik sorang je ni, Din."

"Abang, tak kan lah nak berborak dekat luar je? Ajak la Firdaus masuk." Bebel Raja Farida kepada suaminya. Ini kalau tak tegur, mahu sesi jejak kasih ini berlanjutan sampai bila-bila di luar rumah itu.

"Allah!" Spontan Tengku Rithauddeen menepuk dahinya. Lupa pulak nak ajak tetamu masuk. Haha

"Daus, jom masuk. Kita dinner dulu sambil borak-borak. Kau mesti rindu makanan Malaysia kan?" Bahu sahabat karibnya itu dirangkul erat dan ditarik sahabatnya itu masuk ke dalam rumah.

"Oh ni kenalkan anak sulung aku, Farrel, anak kedua aku, Fahrin dan ini yang bongsu, Farisya. Salam uncle Daus." Arah Tengku Rithauddeen pada anak-anaknya. Tengku Farrel menayangkan senyuman manisnya. Dia mara dulu barulah di ikuti oleh adik-adiknya.

"Farrel, Ya Allah Ya Rabbi, handsome nya my boy! Macam daddy awak masa muda dulu. Lama dah uncle tak tengok Farrel." Badan anak muda itu dipeluk erat. Ketika kecil dulu, Farrel sangat rapat dengannya.

"Farrel sihat?"

"Alhamdulillah, uncle." Tiba pula giliran Fahrin bersalam dengan Uncle Dausnya itu.

"Yang ni pun dah besar. Handsome jugak ni." Bahu Fahrin ditepuk-tepuk manja. Farisya hanya mengangguk dan tersenyum manis ke arah Uncle Dausnya itu. Dia tidak boleh bersalam dengan Uncle Daus.

"Yang ni cantik macam awak Farida." Puji Tan Sri Firdaus,tiada bengkok-bengkok dah. Farisya tersipu-sipu malu di sebelah mummy-nya itu. Sempat lagi Fahrin mencemikkan wajahnya ke arah adiknya itu persis mengejek. Namun, ejekannya itu dibalas dengan cerlungan mata oleh mummy-nya. Terus dia tersengih-sengih seperti kerang busuk. Kalau tak usik adik dia memang tak sah.

"Jom jom makan dulu. Nanti kita sambung borak." Mereka terus melangkah menuju ke dining room.

"Banyaknya lauk. Kehadiran saya ni macam menyusahkan awak pulak Farida." Terbuka luas mata Dato'Sri Firdaus Shah apabila melihat pelbagai-bagai hidangan yang disajikan atas meja makan itu.

"Haish tak menyusahkan pun Daus. Kedatangan awak ke rumah kami ni pun turut membawa rezeki. Jemput makan nanti sejuk."

"Makan kenyang-kenyang Daus."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now