Farrel & Anggun | 29

19.2K 636 14
                                    

Sudah seminggu lebih Tengku Farrel berada di Italy atas urusan kerja. Dalam tempoh masa itu juga, hidup Adelina tenang tanpa sebarang gangguan dari Tengku Farrel. Alangkah bahagianya hidupnya. Tidak pernah dia rasa setenang itu sejak bekerja di Large Scale Group. Tempoh kontraknya untuk bekerja di situ masih berbaki lagi 3 bulan. Tidak sabar rasanya.

'cepatlah masa berlalu!'

Bagi pihak Tengku Farrel, tidak pernah sehari pun Tengku Farrel tidak lupa menghubungi Adelina melalui Whatsapp dan panggilan audio. Namun, panggilan dan pesanan ringkas itu hanya dibiarkan tidak berjawab dan berbalas.

Tidak dihiraukan juga ugutan yang diberikan oleh Tengku Farrel. Tak kuasa dia nak melayan lelaki sewel itu.

Tanpa dia sedari, sebenarnya setiap masa dia diperhatikan oleh 'mata-mata' Tengku Farrel. Dalam tempoh itu jugalah, dia tidak berhubung dengan Megat Aaron.

Dia masih marah dan kesal dengan tindakan Megat Aaron yang meninggalkannya di taman itu. Biarlah masa yang mengubati luka dihati.

Sebaik sahaja dia memarkir kereta di dalam perkarangan rumah, ada sebuah kereta Range Rover Evoque berwarna hitam metalik berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah. Dia kenal siapa pemilik kereta itu. Megat Aaron!  Setelah sekian lama, barulah lelaki itu berani  memunculkan diri.

Adelina terkocoh-kocoh turun dari kereta untuk mengunci pintu pagar rumahnya. Megat Aaron yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar tu langsung tidak dipandang.

"Sayang." panggil Megat Aaron. Senyuman manis terukir dibibir lelaki itu. Riak wajahnya cukup bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mudahnya!

Mengapa mudahnya kau sakiti?
Mengapa mudahnya kau lukai?
Mengapa kejamnya?
Kau menghancurkan
hati perasaan ini?

'Haa mula lah nak nyanyi  ni.' monolog nya.

Adelina tidak mempedulikan kehadiran Megat Aaron di hadapannya itu. Seolah-olah, Megat Aaron itu halimunan di hadapannya kini. Tangannya terus meraba-raba mangga kunci yang berada di pintu pagar itu.

"Sayang, please don't ignore me." Rayu Megat Aaron. Dengan pantas, tangannya merebut mangga kunci itu dari genggaman tangan Adelina.

"Sayang. please. I miss you." Adelina masih lagi tidak memandangnya. Pandangannya dilarikan ke arah lain.

'Rindu? tch!'

Adelina berdecit halus. Ungkapan rindu oleh Megat Aaron itu seolah-olah palsu baginya.

Dia juga turut merindukan Megat Aaron tetapi dia ingin lancarkan perang dingin dengan lelaki itu. Biar Megat Aaron sedar akan kesalahannya.

"Awak nak apa ni, Aaron? Saya penatlah." Dia tidak mahu bergaduh dengan Megat Aaron. lagipun dia baru sahaja pulang dari tempat kerja, penat pun tak hilang lagi. 

'Haish! Kang ada aku jadi hulk nanti!' getusnya di dalam hati. Dia menghela keluhan panjang.

"Sayang ikut saya kejap." Tanpa menunggu persetujuan dari Adelina, terus dia menarik tangan halus gadis itu menuju ke keretanya.

"Eh apa ni, Aaron?" Genggaman tangannya pada tangan Adelina diperkemaskan. Adelina cuba merungkai genggaman tangan itu tetapi tidak berjaya. Berkerut dahinya menahan sakit.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now