Farrel & Anggun |17

18.9K 619 16
                                    

"Miss Anggun, I have a bad news to tell you... permohonan perletakkan jawatan miss di tolak. According to your letter offer,you must serve one month notice otherwise your last salary will be suspended. Nasihat saya miss kena datang dulu settlekan kerja dan hand over kerja sebetulnya."

Keluhan panjang terlepas dari bibir mungil Adelina sebaik sahaja panggilan dari HR tersebut ditamatkan. Telefon pintarnya di campak kasar ke katil. Kalau ke katil berani la dia campak, kalau ke lantai, sayang....mahu berkecai skrin telefon pintarnya itu. Sama berkecai dengan hatinya.

'Ya tuhan mengapa hidup aku sesulit ini?'

Sebulan tu lama...

Dia menarik lututnya rapat ke dada. Seketika matanya memandang kipas yang sedang berpusing itu. Setelah itu, jari-jemarinya meramas-ramas rambut coklat keperangannya. Dan akhirnya, dia ketawa seperti orang kurang siuman. Ah boleh gila la macam ni!

"Kalau aku pergi lagi ke situ ibarat aku masuk ke dalam kandang harimau lagi. Tapi aku perlukan gaji tu untuk bayar bill."

"Ah susahnya jadi aku." Semua bantal yang ada di atas katilnya dibaling ke bawah. Kepala otaknya berserabut.

"Tak apa, kau pergi Isnin nanti. Act cool, Adelina. You can do it. Kau hand over je everything lepas tu kau disappear for good. " Dia memetik jarinya beberapa kali. Tidak tahu idea ini mendatangkan untung atau mudarat pada dirinya. Nampaknya lebih mendatang kemudaratan nanti.

Rambutnya yang berjuntai didepan mata ditiup kuat dengan menggunakan mulutnya. Dia mengambil bantal goleknya yang berada disisi, lalu diangkat bantal itu menghadapnya.

"Kau kan Tengku Farrel banyak menyusahkan hidup aku. Aku berhenti ni pun sebab kau, gila! Eee kalau aku tak fikirkan kau ni majikan aku memang aku smack down kau macam ni."

Lalu bantal golek yang tidak bersalah itu menjadi mangsanya. Dia menumbuk bantal golek itu beberapa kali. Dia membayangkan dia sedang menumbuk wajah tampan Tengku Farrel ketika itu. Belakang Tengku Farrel berani la dia buat begitu, kalau berhadapan dengan lelaki itu terus dia bertukar menjadi patung cendana. Haha!

Tengku Farrel memarkir kereta Range Rover Velar di lobi utama The Royal Selangor Golf Club

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Tengku Farrel memarkir kereta Range Rover Velar di lobi utama The Royal Selangor Golf Club. Beg yang dipenuhi dengan peralatan golf dikeluarkan dari boot belakang. Kaca mata hitam yang sedikit melorot, dibetulkan kembali kedudukannya. Kunci keretanya diserahkan kepada penjaga valet parking yang sudah sedia menunggu disitu.

Dia melangkah dengan penuh gaya masuk ke dalam gold club itu. Sahabat- sahabatnya, Tengku Mikail, Raja Aqib dan Tuan Zefri sudah menunggunya disitu.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora