Farrel & Anggun |79

28.9K 900 155
                                    

Sudah sebulan Adelina berada di mansion ini. Dalam masa sebulan ini jugalah dia menyandang jawatan 'kak yong' kawasan. Setiap hari tidak sah kalau dia tidak memaki hamun Tengku Farrel. Tapi Tengku Farrel begitulah. Tetap tenang menghadapi segalanya.

Hal-hal kebajikan Tengku Farrel seperti makan, minum dan pakaian juga langsung dia tidak ambil peduli. Sengaja!

Ketenangan dan kelembutan Tengku Farrel sekarang ini hampir saja membuatkan dia ingin menyerah kalah tapi dia masih belum puas. Dia ingin menyeksa Tengku Farrel lebih lagi.

"Mummy, where is daddy?" Soal Tengku Raline dengan tiba-tiba. Terus terhenti lamunan Adelina.

Jam sudah menginjak ke angka 10 malam. Tengku Farrel masih lagi belum pulang. Tengku Farrel ada memaklumkan padanya yang dia keluar dinner dengan sahabat-sahabat baiknya.

Lantaklah! Tak nak balik terus pun tak apa. Macamlah dia kisah sangat pula.

"Kau ego, Anggun. Bukankah kau tadi ternanti-nantikan kepulangan dia?" Bidas suara hatinya dengan tiba-tiba. Hatinya sudah berani melawan tuan badan. Dasar!

Tengku Raline sudah mula mengenyeh-genyehkan matanya. Mungkin waktu untuk dia tidur sudah tiba.

"Kejap lagi daddy balik ye sayang." Pujuk Adelina dengan lembut.

"Raline nak daddy." Rengek si anak manja itu.

"It's okay. Raline tidur. Mummy peluk." Badan montel si Tengku Raline terus dipeluk dengan erat dalam dakapannya.

"Raline nak daddy." Bentak Tengku Raline. Dia sudah menggeliat dalam pelukan Adelina, minta untuk dilepaskan.

Sekarang ini dia betul-betul disisihkan oleh Tengku Raline. Setiap masa anak kecilnya ini ingin berkepit dengan Tengku Farrel. Sampai satu ketika, Tengku Farrel harus membawa Tengku Raline ke pejabat kerana anak kecil ini betul-betul meragam, tidak ingin berpisah dengan daddy nya. Dengan dia sekali terpaksa ikut ke pejabat.

Betullah bak kata pepatah "Every daughter's first love is her father."

Kadang-kadang timbul rasa kecil hati juga, sudahlah dia mengunsung anak ini selama sembilan bulan didalam kandungan tanpa Tengku Farrel disisi. Alih-alih keluar muka macam daddy, lepas tu setiap masa nak berkepit dengan daddy dia je. Masukkan dalam perut balik baru tau!

"Nak daddy!" Anak kecil itu mula menangis. Alahai harunya hidup!

"Shhh janganlah macam ni. Mummy kan ada." Kepala anaknya diusap lembut. Dia cuba untuk tenangkan Tengku Raline.

"Nak daddy. Tak nak mummy." Rengeknya lagi.

'Eeee penampaq pungkoq satgi baru tau.'

Geramnya dia dengan si Tengku Raline ni. Bukan main mengada sekarang ini. Habislah peluang untuk dia larikan diri kalau macam ni rapat anaknya dengan si Tengku Farrel. Ish!

Adelina hanya membiarkan anaknya menangis. Nanti bila dah penat tahulah dia berhenti menangis. Setelah beberapa ketika, akhirnya Tengku Raline lena dalam tangisannya.

"Sampai hati Raline dah tak nak mummy. Daddy tu bukannya baik sangat pun." Getusnya perlahan. Segenap wajah anaknya dicium lembut. Kantuk terasa menyerang hebat, dan pada akhirnya dia juga turut lena sambil memeluk anaknya.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now